Sokong penyelesaian dua negara Israel - Palestin tindakan khianat


Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, tindakan Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin menyokong penyelesaian konflik Israel - Palestin melalui jalan rundingan dua negara (Two-State-Solution) baru-baru ini merupakan tindakan khianat terhadap rakyat Palestin.


Kerajaan Malaysia, katanya, tidak wajar mengiktiraf kewujudan Israel melalui solusi penyelesaian berkenaan.


"Kerajaan Malaysia tidak seharusnya menyokong langkah ini kerana penyelesaian melalui rundingan dua negara ibarat Malaysia mengiktiraf kewujudan negara Israel.


"Sebaliknya kerajaan perlu memberikan sokongan padu ke arah penubuhan negara Palestin dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel menceroboh tanah milik Palestin," kata beliau dalam satu kenyataan.


Di samping itu, Syed Badli juga menyarankan agar dunia Islam yang kelihatan berpecah hari ini agar bersatu menyokong perjuangan rakyat Palestin mendesak Israel menghentikan penjajahan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat serta kembali ke meja rundingan.


"Dunia Islam perlu bangkit bersatu dalam satu nada, memberikan sokongan padu kepada Palestin demi mengangkat kembali pengiktirafan terhadap penubuhan negara Palestin sekaligus menggesa Israel berundur dari bumi Palestin.


"Justeru itu saya menggesa kerajaan segera memanggil sidang khas Parlimen bagi meluluskan usul tergempar menyokong penubuhkan negara Palestin," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER