top of page

Sokong penuh usaha gencatan senjata Palestin Israel - Kaukus Palestin



Kaukus Palestin Parlimen Malaysia menyokong kuat usaha diplomatik untuk menghentikan perperangan di antara Israel dan Palestin dengan solusi gencatan senjata melibatkan rejim Israel dan sayap bersenjata Hamas.


Pengerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, keputusan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong usaha gencatan senjata itu adalah keputusan amat bermakna demi menghentikan pertempuran yang memangsakan puluhan ribu penduduk awam.


"Saya menyambut baik dan memberi dokongan terhadap keputusan kerajaan Malaysia, khususnya Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menyokong cadangan perantara untuk menyeru pihak Hamas dan rejim Israel memuktamadkan gencatan senjata.


"Malah seiring dengan amalan diplomasi agresif yang dipamerkan oleh Malaysia, saya mendokong gesaan PMX kepada pihak Amerika Syarikat (AS) untuk bertindak lebih tegas terhadap Israel, bukan bersekongkol dengan rejim ini," katanya dalam satu siaran media.


Menurut Ahli Parlimen Ledang itu, Israel telah hilang kompas moral dan dibantah oleh masyarakat antarabangsa berhubung serangan berterusan di Gaza, khususnya di kawasan Rafah yang membunuh ribuan orang awam.


Katanya, tindakan Israel itu bukan untuk mempertahankan diri dari serangan Hamas sebaliknya konspirasi terancang membunuh seramai mungkin penduduk Palestin.


Justeru katanya, Parlimen Malaysia akan bertindak lebih aktif dalam penyelesaian krisis itu pada sesi pertengahan tahun ini.


"Melalui Kaukus Palestin Parlimen Malaysia kita akan gerakan sebuah usaha untuk melibatkan Ahli Parlimen Malaysia, Ahli Parlimen Asia Tenggara dan badan bukan kerajaan yang berkaitan dalam sesi sidang parlimen yang akan datang (membincangkan penyelesaian krisis Palestin)," katanya.


Sebelum itu, Syed Ibrahim menjelaskan keadaan terkini penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang amat terdesak dan menderita.


Katanya, krisis kemanusiaan di Gaza tidak menunjukkan sebarang tanda tanda positif mereda. Sebaliknya kerosakan, kematian, kecederaan dan kemusnahan berterusan setiap hari.


Terbaharu, ujarnya, penduduk Gaza terpaksa meminum air kumbahan, makan makanan haiwan, rumput dan sebagainya untuk bertahan hidup. Tegas Syed Ibrahim, sebarang usaha untuk menghentikan dampak krisis Palestin seharusnya disokong segara.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page