top of page

Sokong Anwar, teruskan agenda Reformasi - MPN Wilayah Persekutuan


Kritikan yang dilemparkan di media sosial terhadap Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mencerminkan kebijaksanaan pihak yang mengkritik.


Bagi Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan (MPNWP), perjuangan Anwar telah dikenali sebagai 'reformasi institusi' manakala sesiapa yang dicadangkan untuk menggantikan beliau tidak akan menawarkan hal itu kepada rakyat dan mungkin menyebabkan kehilangan sokongan tradisi ke atas Pakatan Harapan (PH).


"MPNWP akan terus kekal menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar sebagai Presiden KEADILAN dan Pengerusi PH yang sentiasa cekal dalam perjuangan walaupun diduga dengan pelbagai ujian selama ini.


"Keteguhan pegangan prinsip, kejituan penegakan agenda reformasi dan kenegarawanan beliau jelas terserlah dalam krisis yang dihadapi negara sekarang. Kami yakin ciri-ciri ini penting dalam memacu negara keluar daripada krisis Covid-19, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.


"Kami akan meneruskan agenda reformasi pembelaan rakyat dan institusi negara tanpa bertolak ansur tentang rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Dengan keadaan rakyat yang susah sekarang tanpa sara hidup, pendapatan yang tetap serta ekonomi yang tidak menentu maka lebih-lebih lagi agenda tersebut wajib dikukuhkan," kata mereka dalam kenyataan hari ini.


Justeru MPNWP, meminta ahli parti dan penyokong KEADILAN terus mendukung agenda reformasi dan kepimpinan Datuk Seri Anwar tanpa berbelah bahagi.


"Kami menyeru saf kepimpinan, anggota parti dan akar umbi untuk terus memberi sokongan tak berbelah bahagi kepada kepimpinan Presiden dan prinsip yang diperjuangkan.


"Kami menggesa pemimpin dan anggota parti untuk terus mengukuhkan parti dan memantap penyusunan serta gerak kerja parti ke arah Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 untuk mengembalikan mandat rakyat yang telah dimenangi dalam PRU-14," kata mereka lagi.


Kenyatan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan Zahir Hassan, Ketua AMK Wilayah Persekutuan, P Prabakaran dan Ketua Wanita Wilayah Persekutuan Rohaidah Mamat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page