Sogokan politik: AMK Kedah buat laporan polis ke atas Muhyiddin



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Kedah menolak amalan sogokan politik untuk mempertahankan kuasa.


Menurut Ketua AMK Kedah, Mohammed Firdaus Johari, tindakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini menawarkan jawatan Penasihat Petronas kepada Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) agar menyokong kerajaan Perikatan Nasional amat bertentangan dengan undang-undang.


Katanya, perbuatan 'rasuah jawatan' itu jelas terakam dalam surat Ku Li kepada Speaker Dewan Rakyat.

Firdaus menunjukkan laporan polis AMK Kedah

"AMK Kedah membuat laporan polis berasaskan kepada satu kenyataan dan surat yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menerusi akaun Facebook milik beliau.


"Ku Li telah memaparkan surat berkenaan yang mengusulkan undi tidak percaya (terhadap Muhyiddin) pada perenggan ke-7 dan menyatakan dengan jelas bahawa beliau telah ditawarkan jawatan Penasihat Petronas daripada Perdana Menteri.


"Kami mendapati perkara ini telah menimbulkan soal integriti seorang pemimpin utama negara.


"Tindakan ini juga melanggar Perlembagaan dan undang-undang. AMK Kedah memohon pihak polis menyiasat Tan Sri Muhyiddin dengan kadar segera. Perkara ini amat serius dan boleh menyebabkan negara Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berpelembagaan terancam," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, AMK Kedah menyeru agar pihak polis menjalankan siasatan dengan penuh profesional tanpa tidak mengira pangkat atau jawatan pelaku rasuah.


"Angkatan Muda KEADILAN Kedah kesal terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin atas tindakan ini bertujuan untuk 'Political Survival'


"AMK Kedah yakin pihak polis akan bertindak dengan adil dan menjalankan tugas secara profesional serta tidak tunduk kepada mana-mana pihak," katanya lagi.


Laporan polis tersebut dibuat di IPD Kuala Muda, Sungai Petani. Firdaus diiringi beberapa ahli AMK kemudian membuat sidang media di hadapan IPD tersebut.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio