Sogok Ku Li jawatan: AMK Johor buat laporan polis



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor membuat satu laporan polis ke atas Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana cuba menyogok Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) agar menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Menurut Ketua AMK Johor, Yuneswaran Ramaraj perbuatan keji Muhyiddin tersebut jelas melanggar undang-undang dan mencemar maruah beliau sebagai ketua kerajaan Malaysia.


"AMK Johor membuat laporan polis berasaskan satu kenyataan dan surat yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah menerusi Twitter dan Facebook.


"Beliau memaparkan surat menyatakan usul undi tidak percaya (kepada PM) dan pada perenggan ke 7 menyebut bahawa beliau telah ditawarkan jawatan penasihat Petronas daripada Perdana Menteri.


"Kami dapati perkara ini telah menimbulkan soal integriti seorang pemimpin utama negara. Tindakan ini juga melanggar Perlembagaan dan undang undang.


"Oleh yang demikian, AMK telah membuat laporan ke atas Muhyiddin agar pihak berkuasa menyiasat tindakan yang berunsur sogokan politik ini demi kepentingan untuk kekal berkuasa," katanya dalam satu kenyataan.


Yuneswaran menunjukkan laporan polis yang dibuat

Menurut Yuneswaran lagi, AMK Johor kesal dengan sikap Muhyiddin yang terus-menerus menggunakan kedudukannya merasuah jawatan kepada ahli politik sejak Mac lalu.


Tindakan tersebut tidak sewajarnya diamalkan dan memberi imej tidak baik kepada negara di mata pelabur asing, seterusnya memburukkan ekonomi negara.


"AMK kesal terhadap PM Muhyiddin atas tindakan ini demi ‘political survival’. Untuk pengetahuan umum, sejak PN mengambil alih kerajaan pada Mac lalu, pembangkang banyak kali membangkitkan isu Muhyiddin melantik ahli politik dalam GLC untuk menguatkan pengaruhnya," kata Yuneswaran lagi.


Pada 16 Oktober lalu AMK Malaysia telah membuat laporan polis berhubung isu yang sama. Sehubungan itu AMK seluruh negara diarah melakukan hal serupa agar pihak polis segera menyiasat Muhyiddin tanpa mengira kedudukan dan jawatan beliau.


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio