Soalan ekonomi muncul waktu perbahasan Menteri Agama
- Redzuan Shamsudin
- Mar 17, 2022
- 1 min read

Soalan mengenai eknomi dan hutang 1Malaysia Develompment Berhad (1MDB) digilirkan pada waktu perbahasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Senator Datuk Idris Ahmad.
Ahli Parlimen M. Karupaiya (PH - Padang Serai) tidak berpuas hati kerana tidak mendapatkan giliran menteri menjaga hal ehwal ekonomi untuk menjawab.
"Saya jangka Menteri Kewangan akan jawab tetapi Menteri Agama pula yang akan jawab, jadi orang jangan keliru
"Masa PH kita ada dua menteri, semua boleh jawab. Sekarang kita ada 3 menteri tak boleh jawab," katanya.
Beliau terus dengan pertanyaan mengenai pembayaran hutang 1MDB dan SRC International.
"Mohon penjelasan kementerian, ke manakah wang 1MDB dan SRC International digunakan?
"Adakah benar kerajaan mengalami kekurangan dana sebanyak RM17 bilion untuk membayar prinsipal dan faedah hutang 1MDB. Jika ya dana manakah akan digunakan untuk menampung kekurangan ini?
"Bolehkah nyatakan terdapat bantuan kepada rakyat terpaksa dihentikan bagi memastikan pembayaran hutang 1MDB mampu diteruskan, dan berapakah jumlah bantuan yang terpaksa dihentikan untuk rakyat," katanya.
Bagaimanapun Menteri Agama menjawab ringkas soalan tersebut, akan dijawab secara bertulis.
"Nanti akan dijawab secara bertulis," katanya dan disambut teriakan dari Ahli ahli Parlimen Pembangkang 'kualiti macama mana Menteri BN - PN'.
Commentaires