Smart Sawah berskala besar, projek perintis tidak pasti kejayaannya?



Kerajaan akan memperkenalkan program Smart Sawah yang mana beberapa syarikat pertanian besar akan dibenarkan mengusahakan sawah sawah di beberapa kawasan seluruh negara mengambil alih peranan pesawah sedia ada.


Ahli Parlimen Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH- Kulim Bandar Baharu) bertanya di manakah projek perintis yang boleh dinilai kejayaan untuk mengimplimentasikan program Smart Sawah di peringkat kebangsaan.


"Smart Sawah program berskala besar. Saya perlu YB Menteri berkongsi sedikit tentang tiga perkara. Pertama, bila kementerian pilih syarikat peneraju, ada 11 atau 12, bolehkah diterangkan apakah kriteria yang digunakan kementerian untuk memilih syarikat ini? Apakah ada pengalaman dan di mana pilot projek (perintis) yang mereka buat yang memberikan success stories 7 tan satu hektar?


"Saya tak fikir dia mulakan roll out 150,000 hektar.


"Kedua, apa sebenarnya berlaku di bawah, apakah sesi libat urus telah dibuat dengan Pertubuhan Peladang Negeri, Peladang Kawasan, sebab mereka ini watak penting untuk menjayakan projek berskala besar.


"Boleh tak berkongsi apa jadi peranan Nafas apabila projek berskala besar ini berlaku? Nafas juga menjaga kepentingan ratusan ribu pesawah," katanya dalam sesi bahas Dewan Rakyat sebelah petang.


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah, menjawab pihak beliau telah mengenalpasti 12 syarikat yang telah membuktikan kesungguhan mereka. Bukan sahaja mereka dapat memajukan kawasan tetapi boleh menghasilkan keluaran padi melebihi 9 tan sehektar.


Projek perintis dilakukan di Sabak Bernam dan beberapa kawasan. Katanya, syarikat yang diberi peluang melaksanakan Smart Sawah juga mempunyai teknologi dan kewangan kukuh seperti FGV, Bernas dan beberapa yang lain.


Jawapan yang kurang memuaskan itu menyebabkan Saifuddin mencelah dan bertanya, mengapakah syarikat tersebut mahu mengusahakan Smart Sawah di kawasan yang telah berhasil tetapi tidak di kawasan tanah terbiar atau sebagainya.


"Kalau keupayaan syarikat peneraju itu hebat dari segi dana, keupayaan, pengalaman, kenapa tidak mereka ini diminta mengusahakan tanah sawah terbiar atau tanah sawah yang hasilnya rendah? Kenapa mesti diberikan kawasan sedia ada," katanya.


Timbalan Menteri menjawab, syarikat terbabit juga akan memajukan tanah di luar kawasan jelapang padi termasuklah di Melaka.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER