top of page

Skuad KEADILAN hulur bantuan kepada mangsa banjir di Seremban



Skuad KEADILAN dari seluruh Negeri Sembilan dikerah turun ke ke pelbagai lokasi untuk menjejak keluarga dan mangsa-mangsa banjir di Seremban, Rasah, Rantau dan daerah Rembau sejak beberapa hari lalu. Bermula daripada 20 ahli Skuad KEADILAN, jumlah sukarelawan telah bertambah setiap hari.


Menurut Ketua Skuad, Gary Muthu dalam masa berberapa hari, skuad itu berjaya mendapatkan sumbangan barangan dapur seperti dapur gas, tilam, pakaian terpakai dan makanan kering untuk disumbangkan.


Katanya, sehingga 10 November, pasukan beliau berjaya menjejak sebanyak 40 keluarga daripada pelbagai kaum, yang kebanyakkan menetap di rumah saudara-mara di sekitar Seremban.


“Tempoh PKPB amat mencabar, tambah pula musim tengkujuh menyebabkan ramai di kalangan komuniti India tidak mampu menyambut Deepavali seperti tahun-tahun sebelum ini.


“Kami terkejut melihat air yang naik dengan cepat dan boleh membayangkan ramai penduduk tidak dapat menyelamatkan harta-benda di dalam rumah. Kerugian tidak dapat dibayangkan kali ini menjelang perayaan Deepavali,” katanya.


Menurut Gary Muthu lagi, memandangkan Deepavali jatuh pada 14 November 2020, Skuad KEADILAN berharap dengan sedikit sumbangan dapatlah mengurangkan beban mereka yang bakal menyambut perayaan tersebut.


“Walaupun negara diancam wabak Covid 19 dan keadaan politk yang tidak menentu, saya percaya api reformasi akan terus membara. Biar cahaya Deepavali kali ini menyinari HARAPAN reformasi untuk bina semula negara,” katanya.


Banjir di beberapa daerah di Negeri Sembilan bermula dengan hujan lebat di Seremban pada 4 November lepas. Hujan yang tidak berhenti sejak 12.30 tengah malam menyebabkan kawasan seperti Seremban, Rasah, Rantau dan daerah Rembau terkesan teruk akibat banjir kilat.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page