top of page

Skuad KEADILAN, AMK bantu pembersihan pasca banjir di Pahang



Banjir besar yang telah surut di Pahang meninggalkan ribuan mangsa yang perlukan bantuan membersihkan kediaman masing-masing.


Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai, Skuad KEADILAN Pahang bersama Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang baru-baru ini mengambil inisiatif melakukan operasi bantuan dan pembersihan di daerah Sungai Lembing dan Kuantan.


Skuad KEADILAN yang diketuai Ragavan dan AMK Pulau Pinang dipimpin Fahmi Zainol, katanya turut menyampaikan sumbangan dan bantuan di kawasan yang terjejas tersebut.


"Lebih 100 keluarga menerima sumbangan pelbagai barang keperluan asas dan telah dibantu untuk mengemas kawasan rumah. Program kali ini dianggotai oleh lebih kurang 20 sukarelawan secara keseluruhan," kata Andre dalam satu kenyataan.


Menurut beliau lagi, hasil dari tinjauan dan temu bual yang dilakukan semasa operasi ramai penduduk terkesan dengan fenomena banjir yang berlaku. Namun kali ini malangnya kurang sumbangan awam atau kerajaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan dan ditambah pula dengan situasi kelembapan teruk ekonomi di seluruh negara.


Katanya, hampir semua penduduk memberikan maklum balas bahawa tempoh untuk mereka memulihkan kehidupan keluarga masing-masing dijangka sukar dan memerlukan masa yang panjang.


"Sehubungan itu, Ketua Skuad KEADILAN Malaysia iaitu Gary yang berada di Negeri Sembilan dan Timbalan Ketua Skuad KEADILAN Malaysia Mohammad Saiful yang berada di Kuala Lumpur mengarahkan agar usaha mengumpul sebarang bentuk sumbangan termasuk ubatan, baju, makanan, peralatan dan sebagainya diteruskan.


"Usaha ini terbukti berjaya Skuad KEADILAN telah menghantar konvoi yang terdiri dari 8 kenderaan pacuan 4 roda ke Pahang membawa pelbagai barangan keperluan asas untuk diagihkan," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page