top of page

Skuad Foodbank JB agih sumbangan makanan, pelitup muka



Pasukan #FoodbankJB dari KEADILAN Johor baru-baru ini mengedarkan barangan makanan, pelitup muka dan sanitizer kepada Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pagoh, AMK Simpang Renggam dan AMK Tenggara.


Menurut Pengarah Komunikasi AMK Johor, Firdaus Zainal, konvoi berkenaan diketuai oleh Ketua AMK Malaysia Akmal Nasir yang juga Ahli parlimen Johor Bahru.


Selain itu, katanya, Ketua AMK Simpang Renggam, Saudari Norfazliha Rosli pula menyampaikan cenderahati berupa 2 kotak besar nenas premium MD2 kepada Akmal dan konvoi sebagai tanda penghargaan.


"Pengagihan ini adalah persediaan kami membantu keluarga terjejas PKP sewaktu pandemik.


"Dengan bantuan ini sedikit sebanyak melancarkan lagi bakti kami kepada masyarakat setempat yang berterusan sejak bulan Ramadan lalu," katanya.


Usai operasi pengagihan, pasukan tersebut bergerak ke Felda Ayer Hitam, di antara kawasan yang terjejas pandemik Covid 19 mengakibatkan dua kematian terbaharu


10 set bantuan diserahkan kepada saudara Zakaria Basar dan Aiman Hakim untuk diagihkan ke pringkat akar umbi.


AMK mengucapkan ribuan terima kasih kepada Balai Polis Simpang Renggam kerana memberi pelepasan kepada konvoi berkenaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page