top of page

SKMM tegas sekat 1,272 laman web lucah, pelacuran - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 15, 2024
  • 1 min read


Kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap promosi pornografi dan persundalan dalam talian apabila mengenakan sekatan ke atas 1,272 laman lucah dan 150 laman pelacuran sejak Januari tahun lalu hingga Mac ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.


Beliau berkata sepanjang tempoh sama, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menurunkan sejumlah 737 kandungan lucah dan 895 kandungan berunsur pelacuran termasuk platform X dan Telegram yang melanggar piawaian komuniti penyedia platform serta undang-undang sedia ada.


"Tindakan ini akan diteruskan oleh SKMM dari semasa ke semasa dan berasaskan pemantauan serta aduan yang diterima.


"SKMM turut aktif mengadakan sesi libat urus bersama penyedia platform media sosial. Kementerian Komunikasi dan SKMM dapat mengukuhkan komitmen dan kerjasama bersama penyedia platform media sosial supaya usaha pemantauan dan pengawalan kandungan dapat diperkasakan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Mohd Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) yang dimuat naik di laman web Parlimen.


Fahmi berkata perundangan sedia ada seperti Kanun Keseksaan merupakan aspek penguatkuasaan terhadap individu atau pihak yang terlibat dalam aktiviti pelacuran sama ada secara dalam talian atau luar talian.


"Bidang kuasa untuk menangani kegiatan pelacuran, termasuk yang dilakukan dalam talian adalah di bawah tindakan dan bidang kuasa Polis DiRaja Malaysia (PDRM)," katanya.


Tambahnya Kementerian Komunikasi menerusi SKMM terlibat dalam menyediakan bantuan teknikal yang melibatkan siasatan, pembekalan maklumat, dan analisis forensik digital.


"Ini dapat mempercepatkan proses siasatan dan membantu pihak berkuasa dalam mengumpul bukti-bukti yang diperlukan. SKMM juga memainkan peranan penting dalam pelaksanaan tindakan sekatan berdasarkan permohonan daripada pihak berkuasa yang berkaitan," ujarnya.

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page