top of page

SKMM panggil Chegubard, Papagomo beri keterangan



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memanggil pemilik akaun media sosial, Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), Mohamad Salim Iskandar (Salim Iskandar) dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan pada Rabu ini.


SKMM dalam kenyataan berkata, rakaman percakapan untuk Chegubard dan Salim Iskandar akan dijalankan di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya, Selangor manakala untuk Papagomo di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur.


"Tindakan ini adalah susulan aduan berkenaan kandungan yang dimuat naik menerusi laman media sosial yang disyaki melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


"Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," kata kenyataan suruhanjaya itu hari ini.


SKMM turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu.


Bagaimanapun, SKMM tidak menjelaskan secara spesifik berhubung hantaran di akaun media sosial membabitkan ketiga-tiga individu propembangkang itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page