top of page

SKMM lapor polis: Dakwa Chegubard, Salim Iskandar, Papagomo memfitnah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 21, 2024
  • 1 min read


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memfailkan laporan polis terhadap tiga pempengaruh pro pembangkang.


Laporan terhadap Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Che'gubard, Mohamad Salim Iskandar (Salim Iskandar) dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) itu susulan tindakan mereka yang didakwa menyebarkan tuduhan palsu terhadap pegawai-pegawai SKMM.


Menurut suruhanjaya itu, laporan berdasarkan kandungan yang dimuat naik oleh ketiga-tiga individu berkenaan di platform media sosial TikTok, Facebook serta Youtube pada 17 April lepas.


"Kandungan terbabit menggambarkan seolah-olah pegawai SKMM bertindak di bawah arahan yang mempunyai kepentingan politik selain bersifat penyalahgunaan kuasa," kata SKMM dipetik.


Oleh itu, SKMM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat individu-individu berkenaan dan menyerahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan.


Malah suruhanjaya itu menegaskan, sebagai sebuah badan berkanun, SKMM melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berpandukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan kesemua undang-undang subsidiari yang terkandung didalamnya.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page