top of page

SKMM ambil tindakan perundangan terhadap META



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengambil tindakan undang undang terhadap syarikat META yang mengendalikan akaun media sosial Facebook kerana didapati syarikat induk itu tidak mematuhi undang undang Malaysia berhubung kandungan 'memudaratkan' di aplikasi media sosial mereka.


Menurut Menteri KKD, Ahmad Fahmi Fadzil tindakan tersebut perlu diambil kerana keengganan pihak META menurunkan kandungan ekstrem perkauman, agama, institusi raja, penipuan serta judi atas talian di Facebook.


"SKMM telah buat keputusan untuk ambil tindakan perundangan terhadap META.


"Ini kerana keengganan pihak META bekerjasama menurunkan kandungan yang memudaratkan," ciap Fahmi di Twitter.


Sebelum itu, SKMM melalui satu kenyataan telah memberi alasan penuh sebab sebab tindakan perundangan terpaksa diambil.


"Platform Facebook sejak akhir akhir ini telah dibelenggu dengan jumlah kandungan memudaratkan yang signifikan membabitkan elemen Kaum, Institusi Diraja, Agama (3R), penyamaran, judi dalam talian serta iklan penipuan.


"Lantaran itu pihak SKMM telah menghubungi META, syarikat induk Facebook untuk menurunkan kandungan yang dimaksudkan dari platformnya


"Namun di sebalik permohonan berulang kali daripada pihak SKMM, META gagal mengambil tindakan secukupnya dalam menangani isu berkaitan kandungan memudaratkan daripada platform mereka dan tidak bekerjasama sepenuhnya menurunkan kandungan tersebut," kata kenyataan SKMM.


Tambah suruhanjaya itu lagi, memandangkan tahap kerjasama yang diberikan META tidak memadai maka pihak mereka mengambil langkah definitif sebagai cara bagi memastikan pengguna dilindungi dan mempunyai persekitaran selamat dalam alam digital.


"Tindakan (perundangan) berkenaan adalah perlu dalam menyemai kebertanggungjawaban untuk keselamatan siber selain memperkasakan perlindungan pengguna terhadap kandungan memudaratkan, termasuk juga aktiviti penipuan," kata SKMM.


SKMM dalam kenyataan tersebut juga berkata, tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan menyalahguna platform dalam talian dan telekomunikasi, rangkaian atau kemudahan dalam talian secara berterusan atau pun sebarang kandungan yang mengganggu gugat kestabilan kaum serta penghinaan terhadap institusi diraja.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page