top of page

SKKM bertindak lebih tegas kekang fitnah menjelang PRN



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan lebih tegas terhadap penyebaran sebarang bentuk fitnah di media sosial terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.


Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil (KKD) berkata selain memastikan penguatkuasaan lebih tegas pihaknya turut mengadakan pertemuan dengan penyedia perkhidmatan media sosial, termasuk Telegram dan TikTok dalam mengekang fitnah.


"Kita mengadakan pertemuan dengan TikTok pada hujung tahun lalu dan awal tahun ini, selain pertemuan dengan pihak Telegram baru-baru ini (19 Jun).


"Alhamdulillah kerjasama dengan penyedia perkhidmatan media sosial setakat ini sangat baik. Selain itu, kita juga melihat ada keperluan untuk melakukan pertemuan dengan Meta.


"Kerjasama yang baik antara polis, SKMM serta penyedia platform perkhidmatan media sosial amat penting bukan sahaja untuk mengekang fitnah tetapi untuk memastikan ia tidak disalah guna," katanya dipetik.


Fahmi berkata begitu pada sidang media selepas program pra-pelancaran komuniti Madani di Dewan Wawa di Kota Bahru pada Sabtu.


Mengulas lanjut, Fahmi berkata, terdapat keperluan untuk meneliti pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia agar SKMM mempunyai lebih kuasa dalam isu berkaitan.


Hal itu jelasnya bagi memastikan tidak berlaku provokasi atau fitnah membabitkan elemen 3R (“race, religion, royalty”) selain menghalang agama dan institusi raja-raja dipolitik dan diperolokkan.


"Kita lihat fitnah serta maklumat yang salah ini akan membina persepsi buruk selain tohmahan terutama membabitkan elemen 3R perlu dikekang. Selain menangani fitnah, perkara ini juga perlu untuk mengekang salah guna jenayah siber.


"Saya berharap perkara ini dapat dilakukan menjelang hujung tahun ini," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page