top of page

Skim SHMMP pantau harga musim Krismas - Armizan



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di seluruh negara sempena sambutan Krismas berkuat kuasa 23 hingga 27 Disember ini.


Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, tempoh pelaksanaan SHMMP selama lima hari itu melibatkan 14 jenis barangan yang dikawal melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.


Jelasnya, barangan yang dikawal itu antaranya tomato; lada benggala hijau; kubis bulat import (China dan Indonesia); lobak merah; ubi kentang import (China); bawang merah besar import, manakala, ayam tua hidup (dikawal di Sarawak); kepak ayam; babi hidup (dikawal peringkat ladang) dan daging babi dikawal di Sabah dan Sarawak serta Wilayah Labuan.


"Selain itu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan melaksanakan pemantauan berterusan untuk memastikan keberadaan bekalan barangan adalah mencukupi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Justeru itu, KPDN melalui pegawai penguatkuasanya akan akan melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan di seluruh negara.


"Ia dilakukan secara berterusan di lokasi-lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan.


"Pendekatan ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna sekiranya berlaku ketidakpatuhan," ujarnya.


Sehubungan itu, KPDN akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini melalui AKHAP 2011 dan boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan denda sehingga RM100,000.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page