top of page

Skim perlindungan seniman bakal ditambah baik - Fahmi



Oleh: Azuan Ab Rahman


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan Kerajaan Madani sedang berusaha menambah baik skim perlindungan seniman.


Fahmi melalui satu hantaran di laman Facebooknya berkata, usaha itu perlu memandangkan para seniman banyak berjasa dan menyumbang kepada negara.


"Saya secara peribadi bersama rakan-rakan dalam Kerajaan MADANI sedang berusaha mencari penyelesaian termasuk dengan menambahbaik skim bagi melindungi seniman dan ahli keluarga terdekat mereka," katanya melalui hantaran tersebut.


Melalui hantaran sama, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkongsi kisah kunjungan ke rumah keluarga Allahyarham Man Kadir Samsi atau lebih dikenali sebagai “Pak Jabit” di Temerloh.


Lawatan itu selepas mengetahui nasib balu Allahyarham, Raja Maharani Raja Jaafar, 70, mengalami masalah kesihatan.


"Makcik Maharani jatuh sakit dan batuknya jadi semakin teruk dan kini dia perlu bergantung kepada penumpu oksigen selama 15 jam sehari untuk bernafas.


"Dia juga perlu mengambil susu formula khas dengan harga RM100 satu kotak untuk dia teruskan kehidupan," katanya.


Dalam lawatan itu, Fahmi turut menyampaikan sumbangan peribadi berbentuk penumpu oksigen dan beberapa kotak susu formula khas untuk meringankan beban dihadapi Maharani.


"Pak Jabit pulang ke Rahmatullah beberapa tahun lalu dan meninggalkan seorang balu, Makcik Maharani dan beberapa orang anak.


"Dulu masa Pak Jabit masih hidup, beliau akan menjual cendol di depan rumah bila tak berlakon dengan pendapatan hanya RM30 sehari.


"Hakikatnya ramai artis veteran tidak mempunyai simpanan yang mencukupi di penghujung karier, macam Pak Jabit," tambah Ketua Penerangan KEADILAN itu lagi.


Sebagai rekod, Man Kadir Samsi merupakan seorang pelawak dan pelakon yang begitu popular menerusi watak Pak Jabit yang dibawanya dalam beberapa filem dan drama bersiri.


Beliau yang juga seorang aktivis KEADILAN dan telah meninggal dunia pada 7 Sept 2017.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page