Skim Penjenamaan Teksi: Tingkat pendapatan pemandu teksi, e-hailing
- Akmal Manaf

- Apr 23
- 1 min read

Satu Skim Penjenamaan Teksi dicadangkan beberapa persatuan kereta sewa bagi memudah cara penyertaan pemandu teksi dan e-hailing kepada kenderaan yang lebih menjimatkan, dengan pemain industri menggesa kerajaan mengurangkan birokrasi bagi mempercepat pelaksanaannya serta meningkatkan pendapatan pemandu.
Yang Dipertua Gabungan Teksi Malaysia (GTSM), Kamarudin Hussain berkata, pihaknya akan cuba sebaik mungkin untuk memudah cara penyertaan pemandu teksi, kereta sewa, limosin lapangan terbang dan e-hailing dalam Skim Penjenamaan Teksi yang dicadangkan.
"Kita tidak mahu mewujudkan banyak birokrasi. Tujuan kami nak angkat semula martabat industri teksi ini.
"Kedua, kita nak membela atau memberi pendapatan yang bermanfaat khususnya kepada pemandu teksi dan e-hailing.
"Hari ini kita tak boleh menafikan pemandu teksi atau e-hailing, (kedua-duanya) merupakan dalam industri yang sama, perkhidmatan yang sama," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu negara hari ini sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Strategik Menangani Krisis Bahan Api dan Pembangunan Teksi EV Dengan Sistem Penukaran Bateri Automatik.
Sehubungan itu, Kamarudin memohon Kerajaan MADANI memudah cara pelaksanaan program berkenaan dan menghapuskan sebarang bentuk birokrasi yang boleh melengahkan proses pembiayaan teksi baharu dan sebagainya.
Beliau menegaskan, pihaknya mahu membantu pemandu teksi yang sekian lama tidak mendapat pembelaan, sambil memastikan golongan itu membawa pulang pendapatan yang lebih baik.




Comments