top of page

Malaysia jadi negara Islam menyatukan pelbagai negara, bangsa - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read
DS Anwar menerima kunjungan Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa di pejabatnya
DS Anwar menerima kunjungan Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa di pejabatnya

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa, Muhammad Al-Hasan Al-Diddu Al-Shanqiti bersama delegasi ke pejabatnya, dalam rangka program lawatan Syeikh tersebut ke Malaysia.


Menurut PM dalam muat naik di Facebook rasminya, pertemuan itu membincangkan pelbagai isu semasa termasuk krisis peperangan, penindasan serta pencabulan terhadap hak asasi dan kedaulatan sesebuah negara.


"Banyak perkara yang telah kami bicarakan dalam pertemuan ini antaranya krisis peperangan dan penindasan, serta pencabulan kepada hak asasi dan kedaulatan bagi setiap negara," katanya.


Dalam pertemuan tersebut, Syeikh Muhammad Al-Hasan turut menyampaikan pandangan bahawa Malaysia kini memainkan peranan lebih luas di peringkat antarabangsa.


"Syeikh Muhammad Al-Hasan turut berpesan, Malaysia kini bukan sahaja menjaga rakyatnya, bahkan telah menjadi negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan," kata Anwar lagi.


Pertemuan tersebut juga menzahirkan komitmen Malaysia dalam memperkukuh hubungan dengan tokoh ilmuan Islam serta memperkasa peranan negara sebagai suara kesederhanaan dan keamanan di peringkat global.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page