Skim penetapan harga maksimum kerajaan lebih mahal daripada harga sebenar?



Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang diperkenalkan oleh kerajaan BN seolah olah tidak merujuk harga sebenar di ladang dan harga yang seharusnya dijual di pasaran.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad, skim itu sebaliknya hanya akan memberi keuntungan lumayan kepada tauke tauke besar kerana harga siling 12 barangan terpilih ditetapkan pada kadar agak tinggi daripada harga sepatutnya.


"Misalnya, harga pasaran semasa cili merah di luar musim perayaan antara RM9 hingga RM10 sekilogram tetapi kerajaan tetapkan harga siling pada RM17.


"Sepatutnya kerajaan berusaha membantu rakyat mendapatkan harga murah, jika kenaikan antara RM2 hingga RM3 itu biasalah, jadi ini bukan tindakan bijak oleh kerajaan," katanya dipetik.


Sebaliknya, Muhamad Arafat mencadangkan kerajaan menjadikan harga di ladang sebagai ‘pengikat’ atau penanda aras kepada peletakan harga di peringkat pemborong dan peruncit untuk lebih adil kepada pengguna.


"Sebagai contoh harga kangkung di ladang antara 90 sen dan RM1.50 sekilogram, tetapi dijual pemborong kepada peruncit pada harga antara RM5 hingga RM7 sekilo


"Jadi, peruncit nak letak harga berapa? RM8, RM9 atau RM10 untuk mereka mendapatkan keuntungan," katanya.


Tegas Arafat, kelemahan lain SHMKM ialah terdapat barangan yang mempunyai beberapa gred dan saiz seperti tomato tetapi diletakkan harga siling seragam iaitu RM5.50 sedangkan harga semasa tomato gred S iaitu paling kecil ialah RM2 satu kilogram.


Beliau turut mempertikaikan tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan pekeliling SHMKM kepada peruncit pada 6 Disember iaitu sehari sebelum ia mula dikuatkuasakan pada 7 hingga 31 Disember yang dilihat tergesa gesa dan menyukarkan rantaian bekalan kerana melibatkan stok.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER