top of page

Skim pencen perlu diubah, elak negara merudum seperti Greece



Oleh: Abdullah Zaid


Dasar pentadbiran beberapa Perdana Menteri (PM) sejak era 1990an termasuk Tun Mahathir Mohamad yang memperbesar saiz penjawat awam demi mendapatkan undi sokongan menjelang pilihan raya umum sehingga membeban kewangan negara sememangnya perlu disemak semula.


Bagi Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik, beliau optimis pengenalan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk penjawat awam lantikan baharu dalam masa terdekat boleh mengurangkan beban perbelanjaan kerajaan dalam membayar pencen yang diperuntukkan lebih RM30 bilion setahun pada waktu ini.


Jelasnya, pembayaran pencen penjawat awam itu jika tidak dilakukan pembetulan dibimbangi akan meletakkan nasib negara sama seperti salah sebuah negara Eropah, Greece yang hampir muflis ekoran kegagalan mengurus skim pencen pada 2016.


"Disebabkan long run, skim pencen ini tidak sustainable, dan akan mengakibatkan negara tertekan dengan hutang yang tinggi (RM 1.5 trilion), dan kita tidak mahu negara kita jadi seperti Greece," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Dalam hal berkaitan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bebanan pencen yang ditanggung kerajaan dalam tempoh 20 tahun akan datang dijangka akan mencecah RM120 bilion setahun.


Tambah PM, kajian semakan skim pencen penjawat awam juga telah lama dibincang oleh pentadbiran terdahulu namun tiada tekad politik untuk melaksanakannya.


Justeru, Perdana Menteri menegaskan perubahan terhadap skim itu perlu dilakukan bermula daripada sekarang bagi mengelakkan Malaysia menghadapi masalah kewangan serius sedekad akan datang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page