top of page

Skim Insurans Hayat Selangor penawar kegagalan kerajaan pusat kawal inflasi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 7, 2022
  • 1 min read


Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) yang diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari pada malam Hari Kebangsaan lalu merupakan penawar kepada kegagalan Kerajaan Persekutuan yang tidak mampu mengawal inflasi dan mengecilkan nilai pendapatan rakyat.


Menurut Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Senator Fadhlina Sidek, skim yang dijangka akan memberi manfaat kepada enam juta rakyat Selangor itu berupaya menanggung kos perubatan sekiranya terdapat individu yang mengalami kecelakaan atau bencana terutama dalam kalangan wanita suri rumah.


"Inisiatif INSAN yang ditawarkan buat penduduk dari usia 30 hari sehingga 80 tahun ini secara amnya memastikan taraf hidup yang minima untuk rakyat Selangor sekaligus dapat membantu meringankan beban rakyat dengan kos premium insurans ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.


"Pasca pandemik memperlihatkan betapa rakyat hidup dalam kerentanan sosial yang meruncing. Maka inisiatif sekuriti sosial yang kalis kejutan dengan objektif perlindungan sosial yang turut merangkumi aspek pemerkasaan wanita, selain pengurangan kemiskinan dan kerentanan serta peningkatan pendapatan yang mampan amat relevan ketika ini," kata Fadhlina dalam satu kenyataan.


Oleh itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri yang amat prihatin terhadap rakyatnya dan wajar dijadikan contoh kepada mana mana Kerajaan Negeri mahu pun Kerajaan Persekutuan dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.


"Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Menteri Besar Selangor atas inisiatif yang cukup progresif dan inklusif ini.


"Dengan semangat dan komitmen negeri penyayang, saya yakin inisitif ini akan dapat melindungi dan memberikan perlindungan penuh kepada seluruh rakyat negeri Selangor khususnya ketika berhadapan dengan keadaan yang sukar dan mencabar ketika ini," kata Fadhlina lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page