top of page

Skim harga minimum perayaan diwartakan dua minggu lagi



Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan diwartakan dalam tempoh dua minggu akan datang.


Menurut Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub, ketika ini pihaknya sedang melakukan semakan di peringkat akhir sebelum dimasukkan dalam senarai untuk tujuan pewartaan.


"Kita sudah bersedia, pegawai sedang muktamadkan barang yang akan kita senaraikan (SHMMP)," katanya.


Salahuddin berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Kempen Jualan Rahmah Hari Raya 99 Speed Mart Cawangan Bukit Jalil semalam.


Sementara itu jelasnya bagi memastikan harga barangan sentiasa terkawal, KPDN dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAPS) sentiasa melakukan pemantauan harga barang di pasaran hampir setiap hari.


Pemantauan juga akan dijalankan di beberapa lokasi pengeluar makanan tempatan bagi memastikan ia dapat memenuhi permintaan khususnya Ramadan dan Hari Raya Puasa akan datang.


"Pasukan KPDN memantau bekalan dan melihat sendiri tempat-tempat contohnya sayur di Cameron Highlands.


"MAPS pula akan memastikan bekalan ikan, daging dan seumpamanya cukup menjelang raya ini.


"Kalau cukup maknanya harga mudah untuk kita kawal," jelasnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page