top of page

Siasat skandal rasuah MARA - Akmal Nasir


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa untuk menyiasat individu-individu yang terlibat dengan kes rasuah Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang membeli sebuah asrama pelajar di Australia pada 2013.


Ini selepas seorang warganegara Australia, Teen Boon Lye dihadapkan ke mahkamah negara itu atas pertuduhan menerima rasuah daripada beberapa pegawai kerajaan Malaysia dan empat pertuduhan membabitkan pemalsuan akaun membabitkan penjualan hartanah Dudley House.


Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir berkata kerajaan perlu bertindak segera selepas kesemua pertuduhan yang disebut di mahkamah Australia baru-baru ini membuktikan bahawa penyelewengan benar-benar berlaku, sama seperti apa yang pernah dibangkitkan oleh Rafizi Ramli sebelum ini.


"Pada 2015, Rafizi selaku Ahli Parlimen Pandan ketika itu telah mendedahkan bagaimana Mara membuat pembelian hartanah dengan bayaran harga yang jauh lebih mahal dari harga sebenar.


"Saya juga ketika itu ada buat laporan pada Februari 2016 tapi sampai sekarang tidak tahu apa statusnya," katanya dalam sidang media di Parlimen.


Akmal menggesa kerajaan mengikut jejak langkah Australia yang serius membanteras gejala rasuah dan penyelewengan.


"Kita dapat melihat ketegasan Australia dalam menghukum perasuah, jadi pihak yang melakukan rasuah dari Malaysia apa statusnya? Sudah jelas pembayaran RM129 juta ringgit adalah nilai yang dikatakan terlebih bayar.


"Kerajaan perlu menunjukkan ketelusan dalam menguruskan wang rakyat.


"Menteri Kewangan dan Pengerusi Mara sepatutnya menumpukan mereka yang terlibat ke muka pengadilan dan berusaha mendapatkan kembali ratusan juta ringgit yang hilang dari Mara," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page