top of page

Skandal rasuah: KEADILAN Sabah sokong tindakan SPRM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 14
  • 1 min read
ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sabah menyambut baik kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki untuk mendakwa sekurang-kurangnya dua individu berkait dakwaan rasuah lesen melombong mineral di negeri ini.


Pengerusinya, Datuk Datuk Mustapha Sakmud berkata pendakwaan itu merupakan mesej tegas bahawa amalan salah guna kuasa tidak boleh lagi diberi ruang.


"Isu pelesenan lombong mineral telah lama menjadi perhatian rakyat di negeri ini yang mengharapkan hasil bumi dapat diurus secara adil dan dimanfaatkan demi kesejahteraan semua.


"KEADILAN Sabah percaya bahawa langkah pendakwaan ini menghantar mesej penting bahawa sudah tiba masanya Sabah memperkukuh standard urus tadbir yang lebih tinggi dan berwibawa," katanya dalam kenyataan.


Bulan lalu, SPRM dilapor telah menyiapkan laporan forensik berhubung video kontroversi yang dikaitkan dengan dakwaan skandal perlombongan.


Kertas siasatan kes itu sudah lengkap dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dua minggu lalu.


Sementara itu menurut Mustapha, KEADILAN Sabah memegang kepada prinsip bahawa ketelusan, integriti dan akauntabiliti mesti menjadi asas dalam setiap keputusan membabitkan kekayaan negeri.


"Rasuah adalah musuh pembangunan. Jika dibiarkan berakar, ia akan merosakkan kepercayaan rakyat terhadap sistem pentadbiran serta pengurusan sumber negeri.


"KEADILAN Sabah menyokong penuh usaha berterusan SPRM untuk membanteras rasuah tanpa mengira kedudukan, pangkat atau pengaruh politik," tegasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page