top of page

Skandal LCS: Syarikat palsu berkaitan menteri, penafian menteri tidak meyakinkan - Rafizi



Skandal pembinaan kapal tempur persisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia masuk ke fasa pendedahan terperinci jejak kewangan antarabangsa.


Pendedahan Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli minggu lalu yang melibatkan 2 buah syarikat palsu, Alizes Marine Limited yang didaftarkan di Malta dan sebuah lagi syarikat Alizes Marine Labuan yang didaftarkan di Labuan diteruskan minggu ini dengan pendedahan indentiti pemilik syarikat berkenaan.


Menurut Rafizi, kewujudan Alizes Marine Limited hanya diketahui apabila pangkalan data syarikat pesisir luar pantai dibocorkan beberapa waktu lalu melalui Panama Papers dan Paradise Papers.


Katanya, maklumat yang cocok kemudian ditemui dalam siasatan dalaman skandal LCS yang menerangkan penglibatan syarikat-syarikat Alizes Marine yang menyelewengkan dana pembinaan kapal perang LCS.


"Pertama, syarikat-syarikat sebegini dilantik menjadi juru runding teknikal (sedangkan mereka tiada kepakaran) kepada projek. Mereka menghantar invois bagi kerja-kerja yang tidak dilaksanakan. Sebanyak RM23.37 juta diselewengkan menggunakan kaedah ini di awal pelaksanaan projek sekitar 2011 hingga 2014.


"Kedua, Alizes Marine juga dilantik sebagai pembekal alat-alat gantian kepada projek LCS. Lantikan itu berdasarkan maklumat palsu kononnya ia mempunyai lesen dari kerajaan Perancis untuk menjadi pengeksport global alat gantian pertahanan sedangkan ia tidak mempunyai lesen itu.


"Projek LCS membayar sekitar RM210 juta bagi alat-alat gantian yang kononnya dibekalkan oleh syarikat Perancis tetapi bayaran diselewengkan ke syarikat-syarikat palsu yang ditubuhkan di Malta dan Labuan," dakwa Rafizi dalam satu kenyataan.


Dalam pendedahan hari ini juga Rafizi mendakwa pemilik syarikat pesisir pembekal peralatan pembinaan LCS terkait isteri seorang ahli politik Bersatu, Dr Abdul Latiff Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Katanya, Dr Latif pernah menjadi Timbalan Menteri Pertahanan bagi tempoh 2008 hingga 2013 dan merupakan pemimpin Umno sebelum menyertai Bersatu selepas 2018


Dakwa Rafizi, skim-skim menyelewengkan dana LCS menggunakan syarikat-syarikat palsu yang dimiliki oleh Timbalan Menteri Pertahanan pada ketika itu bukanlah satu kebetulan.


Sebab itu, katanya, beliau telah menuntut penjelasan dari Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab menukar reka bentuk kapal dari Sigma kepada Gowind, dan Najib Razak yang merupakan Menteri Kewangan serta Perdana Menteri ketika skandal itu terjadi.


"Mustahil skim penyelewengan ini yang melibatkan projek-projek yang dikendalikan oleh kedua-dua mereka (Najib dan Zahid) boleh berlaku tanpa pengetahuan mereka.


"Saya harap pendedahan saya pada hari ini menutup mulut Umno dan Barisan Nasional yang cuba menyalahkan pesara-pesara tentera laut apabila skandal ini meletup.


"Skandal sebesar ini tidak boleh berlaku tanpa ada dalang dari kalangan pimpinan Umno yang membuat keputusan-keputusan besar pada ketika itu, sedangkan pesara-pesara tentera laut hanya bersubahat melaksanakan penyelewengan," katanya.


Manakala pada petang ini pula, dalam jawapan balas Rafizi kepada kenyataan media Dr Latiff Ahmad tengah hari tadi bahawa nama yang didakwa Rafizi sebagai isteri keduanya bukanlah isteri beliau, mantan Ahli Parlimen Pandan itu tetap dengan kenyataannya.


Tegas Rafizi, penafian Dr Latiff Ahmad sangat lemah. Rafizi juga merujuk kebetulan tular di media sosial seorang netizen yang mendakwa Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Dialog Berhad sebagai penama yang disebut dalam kenyataannya, sebagai pemilik syarikat pesisir yang terlibat dengan skandal.


"Bila Dr Latiff hanya merujuk kepada “berita yang tular”, ada macam-macam kemungkinan maksud kenyataannya, termasuklah dia bukan suami kepada CFO Dialog dan kita semua pun tahu," katanya.


Oleh itu, Rafizi berjanji siri pembongkarannya esok akan mendedahkan lebih banyak bukti dan jejak kewangan yang lebih sukar untuk dinafikan oleh individu yang terlibat.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page