top of page

Skandal LCS: KEADILAN buat laporan polis siasat penglibatan Dr Latiff, syarikat pembekal peralatan



Skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) masuk ke fasa seterusnya apabila KEADILAN membuat laporan polis terhadap penama penting yang mengawal syarikat pembekal peralatan untuk kapal berkenaan.


Pengarah Strategi KEADILAN, Akmal Nasir berkata laporan polis yang beliau buat hari ini adalah berasaskan laporan Jawatankuasa Kira kira Wang Negara, laporan audit forensik LCS yang datangnya dari pihak kerajaan serta pendedahan yang dilakukan oleh Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.


Laporan polis, katanya, berkisar kepada syarikat yang didakwa dimiliki oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dan penama yang didakwa sebagai isteri beliau, Zainab Mohd Salleh.


"Kalau diteliti laporan forensik memang jelas nama yang disebut ialah Abdul Latiff Ahmad. Walau tak disebut gelaran, kami percaya individu yang disebut berkali kali dalam laporan tersebut adalah individu yang sama dengan Datuk Dr Latiff, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan merupakan mantan Timbalan Menteri Pertahanan.


"Dalam laporan forensik, walaupun di pihak Dr Latiff menafikan, dirujuk hingga semalam saya muat turun laporan PAC bahawa laporan itu (masih) ditulis Zainab merupakan pasangan Dr Latiff.


"Kalau nak menyangkal, bagaimana laporan yang telah dikeluarkan secara rasmi masih tertera rujukan tersebut?


"Jadi laporan polis hari ini dibuat untuk mengesahkan beberapa perkara yang telah berulang kali dibangkitkan, iaitu hubungan Dr Latiff ini dengan individu bernama Zainab," katanya dalam sidang media berhampiran IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur.


Dakwa Akmal lagi, biar pun Dr Latiff telah membuat penafian tetapi penafian itu longgar kerana bila dirujuk laporan forensik LCS disebut bahawa Zainab mengawal syarikat palsu, Alizes Marine Ltd.


Beliau berkata, berdasarkan laporan syarikat itu telah mendapat kontrak RM210 juta. Manakala satu lagi isu yang terdapat dalam laporan, iaitu sama ada Mega P Asia Sdn Bhd, syarikat dikawal oleh Zainab turut mendapat kontrak pertahanan.


"Syarikat Mega P Asia Sdn Bhd dikatakan ditubuhkan oleh Dr Latiff berdasarkan laporan tersebut.


"Syarikay Mega P Asia dimiliki bersama antara Dr Latiff dan Zainab.


"Kalau menteri Bersatu ini ingin menafikan hubungan dengan Zainab ini terlalu jauh.


"Berdasarkan penemuan ini, kami mengemukakan laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dan meneliti beberapa perkara dari sudut Kanun Kesiksaan sekiranya berlaku perbuatan jenayah," katanya.


Ahli Parlimen Johor Bahru itu mahu siasatan turut dilakukan dari segi Akta Syarikat kerana wujudnya syarikat palsu, Akta SPRM dan Pekeliling Perkhidmatan Awam


Beliau juga meminta polis menyiasat aliran kewangan kerana kontrak melibatkan LCS itu terdiri daripada beberapa lapisan.


"Jejak kewangan pasti ada kerana duit telah dikeluarkan yang disebut RM210 juta, maksudnya transaksi telah berlaku.


"Sekiranya wang tidak dimasukan ke syarikat sebenarnya, mana duit itu hilang?" tanyanya.


Selain itu, Akmal juga mahu Dr Latiff dicutikan dari jawatannya sebagai menteri. Beliau membandingkan skandal 1MDB beberapa tahun lalu yang tidak boleh disentuh ketika Najib masih sebagai Perdana Menteri, dan hanya berjaya disiasat serta dibawa ke mahkamah apabila beliau telah kehilangan jawatan.


Katanya tidak guna Kerajaan BN - PN berjanji mahu menubuhkan jawatankuasa siasatan skandal berkenaan jika menterinya masih berkuasa.


"Jawatankuasa kabinet nak siasat, bagaimana nak siasat kerana menteri ini dalam kabinet.


"Nak siasat macam mana kalau beliau menteri? Kita tidak lupa Najib sebelum ini, Najib PM tak disiasat sehingga beliau tidak jadi PM.


"Kami mahu hal ini tidak ditutup begitu sahaja. Kalau berani Perdana Menteri Ismail Sabri buat kenyataan menteri berkenaan dicutikan serta merta. Barulah jawatankuasa boleh masuk dan siasat," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page