top of page

Skandal kapal TLDM: Tempah 6 kapal, lepas 11 tahun kapal pertama baru 44% siap?



Skandal pembinaan kapal peronda pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus menjadi bahan perbualan hangat rakyat.


Terbaharu, Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil mendedahkan progres pembinaan LCS berdasarkan laporan Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC) didapati amat perlahan. Katanya, daripada 6 buah kapal yang ditempah, selepas 11 tahun, kapal pertama pun hanya siap 44%.


Fakta itu juga menghairankan rakyat kerana pembinaan kapal pengangkut jet tempur (super carrier) bersaiz 10 kali ganda LCS, dibina di Amerika Syarikat atau China hanya mengambil masa 3 - 4 tahun untuk disiapkan.


"Menyedihkan, pada 2010 kontrak telah diberikan, sepatutnya 2019 kita terima 1 kapal waktu itu. Malangnya RM6 bilion hangus, satu kapal pun tak sampai," katanya.


Mengenai kekecewaan rakyat melihat laporan berita upacara pelancaran kapal LCS pertama telah dilakukan oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim sambil disaksikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 2017 lalu hanyalah ke atas kapal yang belum 50% siap, Fahmi berkata Menteri Pertahanan pada waktu itu Datuk Seri Hishamuddin Hussein perlu memberi penjelasan.


"Saya rasa Menteri Pertahanan pada waktu itu, Hishamuddin dia kena jawab. Majlis itu Tuanku Sultan Perak mencemar duli bersama sama Raja Permaisuri.


"Saya ingat lagi ada tweet Menteri Pertahanan 'selamat datang kapal pertama LCS KD Maharajalela'. Nampaknya macam dah (boleh) belayar.


"Rupa rupanya itu LCS 1. Setakat hari ini berdasarkan laporan PAC, bukan dokumen rahsia, boleh tengok di online. Setakat hari ini LCS 1 hanya 44% siap. Yang telah dibayar dari nilai kontrak keseluruhan RM9.1 bilion, dah dibayar RM6.083 bilion atau 67%.


"Kerja siap untuk satu kapal hanya 44%. Kapal kedua 35% dan terakhir kapal keenam tiada kerja langsung.


"Mana pergi duit rakyat? Kapal apa yang kamu ucap selamat datang Datuk Seri Hishamudin?" tanya Fahmi dalam wawancara bersama Suara Keadilan, malam tadi.


Dalam wawancara itu beliau juga menjelaskan keanggotaan PAC yang dipolitikkan, kononnya pembangkang cuba memerangkap kerajaan kerana jawatankuasa itu diketuai oleh Ahli Parlimen DAP adalah tidak benar.


"Ada memfitnah PAC ini dipengaruhi orang tertentu, sebenarnya PAC ini komposisinya dari semua parti. Kerajaan dan pembangkang. Cross party (50:50)


"Dalam jawatankuasa ini ada 3 Ahli Parlimen Umno. Nak marah satu parti, kena marah parti sendiri," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page