top of page

Skandal kapal TLDM: Subkontraktor tubuh 45 hari, buat tuntutan RM178 juta?



Skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) masuk ke fasa baharu apabila butiran perjalanan kewangan melibatkan subkontraktornya mula didedahkan.


Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli hari ini mendakwa subkontraktor yang mendapat projek pembinaan LCS tersebut mendapat pembayaran awal yang terlalu banyak.


Dakwa Rafizi berdasarkan kertas siasatan dalaman projek LCS, menunjukkan bahawa subkontraktor lapisan kedua membuat tuntutan sebanyak RM178 juta sebagai yuran memulakan kerja pada hari yang sama ia dilantik, sedangkan pada ketika itu subkontraktor tersebut baru ditubuhkan 45 hari sebelum itu.


Hal itu katanya, perlu dijelaskan oleh mantan Menteri Kewangan, Najib Razak kepada umum.


"Transaksi-transaksi sebegini merupakan satu penyelewengan yang melanggar peraturan pembayaran Kementerian Kewangan.


"Sebagai Menteri Kewangan pada ketika itu, Najib mesti menjawab bagaimana sebuah subkontraktor yang hanya berusia 45 hari boleh membuat tuntutan berjumlah RM178 juta dari projek pertahanan utama negara?


"Penyelewengan begini menyebabkan BNS (kontraktor utama) akhirnya tidak mempunyai dana dan projek tergendala sehingga tidak ada satu kapal pun siap hingga ke hari ini," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Rafizi juga kesal kerana kerajaan BN - PN dan Najib Razak sendiri melalui media sosial beliau sentiasa cuba mengalih perhatian daripada isu sebenar dan menimbulkan kemarahan rakyat.


"Mesin propaganda Pas-Umno-Bersatu yang diketuai Najib cuba meyakinkan rakyat bahawa tiada penyelewengan berlaku, hanyalah kelewatan projek.


"Sehingga kini Najib sendiri belum menjawab soalan-soalan pokok yang saya utarakan sejak saya mendedahkan butiran projek LCS yang mengesahkan ada penyelewengan," katanya.


Rafizi turut mendesak Najib menjawab segera mengapakah reka bentuk dan kelas kapal LCS diubah pada saat akhir daripada yang telah diluluskan, iaitu dari kelas Sigma kepada kelas Gowind yang rekabentuknya dari Perancis


Juga, siapakah yang lebih berkuasa dari Menteri Pertahanan ketika itu yang boleh mempengaruhi keputusan.


Beliau mempersoalkan kenapa kontraktor utama BNS melantik subkontraktor berlapis-lapis, apakah untuk menyembunyikan penglibatan syarikat DCNS yang terlibat dalam pembelian kapal selam kontroversi Scorpene sebelum itu.


"Kesemua ini melibatkan dua bentuk keputusan utama.


"Pertama, keputusan teknikal berhubung pilihan reka bentuk dan teknologi kapal perang yang berubah dari kelas Sigma kepada kelas Gowind.


"Kedua, keputusan kewangan, peruntukan dan pembayaran yang sepatutnya tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan yang mengawal selia urusan tuntutan dari kontraktor dan subkontraktor," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page