top of page

Skandal kapal TLDM: Rakan niaga Latiff Ahmad terima bayaran palsu projek kapal?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 2, 2022
  • 2 min read


Skandal projek pembinaan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia terus didedahkan oleh Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.


Terbaharu, Rafizi mendedahkan penglibatan rakan kepada pemimpin Bersatu PN, Datuk Seri Dr Latiff Ahmad yang terlibat dalam projek Second Generation Patrol Vessel (SGPV).


Dakwa Rafizi, berdasarkan Laporan Forensik Audit yang dinyahwarta, Dr Latif terlibat bersama syarikat yang didaftarkan di Singapura bernama JSD Corporation Pte Ltd.


"Muka surat 75 Laporan Audit Forensik memperincikan syarikat ini mendapat bayaran sebanyak RM1.36 juta sebagai bayaran bagi khidmat teknikal dalam projek Second Generation Patrol Vessel (SGPV) sedangkan tidak ada bukti khidmat itu berlaku.


"Di hari-hari yang seterusnya, saya akan mendedahkan siapa di belakang JSD Corporation Pte Ltd, hubung kaitnya dengan tokoh-tokoh Umno - Bersatu serta penglibatan mereka dalam pelbagai skandal selama ini.


"Saya menunggu maklum balas dari Latiff Ahmad untuk menafikan yang dia tiada kaitan dengan mana-mana individu di belakang JSD Corporation Pte Ltd yang telah dinamakan di dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan.


Rafizi mengulangi dakwaannya sebelum ini bahawa Dr latif terlibat dalam skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) berdasarkan beberapa penemuan dalam Laporan Audit Forensik yang telah mengaitkan beliau dengan syarikat Alizes Marine Ltd sebelum ini.


"Jika siasatan dalaman setakat ini hanya menamakan satu syarikat yang ada kaitan dengan Latiff Ahmad, dia boleh membuat tuduhan bahawa siasatan terkeliru (seolah-olah ada individu lain yang bernama Latiff Ahmad).


"Apabila siasatan menamakan juga syarikat-syarikat lain yang ada kaitan dengannya, atau individu-individu yang dikenal pasti sebagai rakan perniagaannya, sudah tentu bukti-bukti ini mengukuhkan lagi penemuan siasatan dalaman bahawa Latiff Ahmad mendapat laba secara salah dari perolehan projek LCS," katanya.


Selain itu, Rafizi juga masih menunggu saman yang akan difailkan oleh Dr Latiff ke atasnya selepas pendedahan sebelum ini berkenaan rakan kongsi yang didakwa isteri beliau Zainab Mohd Salleh dalam penglibatan bersama Alizes Marine Ltd yang didakwa sebagai syarikat palsu mendapat kontrak pembekalan projek LCS.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page