top of page

Skandal kapal TLDM: Pelapor dipanggil siasatan kali kedua



Skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kelihatan semakin rumit dan berliku jalan penyelesaiannya.


Terbaharu, Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Atyrah Hanim dipanggil buat kali kedua berhubung laporan yang beliau buat terhadap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr latiff Ahmad, yang didakwa terkait syarikat pembekalan bahan binaan kapal.


Menurut Atyrah, memanggil berkali kali untuk menyiasat pelapor merupakan satu intimidasi dan seolah olah mahu menakut nakutkan pihak yang ingin membuat laporan.


"Dalam isu LCS kita dapat lihat pelbagai intimidasi berlaku ke atas mereka yang melaporkan atau yang cuba mendapatkan keadilan kepada kes ini.


"Apa yang berlaku sebentar tadi, sesi ambil keterangan kali kedua yang diminta oleh pihak polis dan pihak polis juga memberi indikasi bahawa keterangan dan inkuiri seterusnya dilakukan kepada saya.


"Ini adalah inquiry form dan mereka memberi indikasi bahawa terdapatnya susulan siasatan yang akan diadakan selepas ini," kata Atyrah sambil menunjukkan borang soal selidik kepada media di hadapan IPD IPD Petaling Jaya, petang semalam.


Beliau yang ditemani 2 peguam berkata pihak berkuasa sepatutnya telah membuka kertas siasatan kerana laporan beliau berdasarkan dokumen kerajaan seperti laporan Jawatankuasa Kira kira Wang Negara yang disediakan oleh Parlimen, bukannya tanpa sumber kukuh.


Malah katanya, siasatan berkali kali ke atas pelapor sebagaimana yang berlaku kelihatan lucu dan jenaka.


"Saya merujuk kepada laporan Jawatankuasa Kira kira Wang Negara (PAC), kesemuanya dokumen dalam PAC saya beri kepada mereka dan menyatakan kesemua dokumen itu adalah dokumen awam yang mempunyai kredibiliti.


"PAC ini pelbagai parti kerajaan dan pembangkang, mempunyai merit dan kredibiliti tersendiri supaya kes ini disiasat.


"Juga seperti kata Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar, hentikanlah intimidasi kepada kami yang membuat laporan.


"Sebagaimana kita tahu saudara Rafizi juga kena. Pada 19 Ogos isu LCS pertama dibuat laporan tetapi 3 - 4 hari kemudian Dr Latiff tidak dipanggil malah Rafizi pula yang dipanggil," katanya lagi.


Beliau menggesa pihak polis untuk segera memanggil Dr Latiff dan rakan niaganya Zainab Salleh untuk disiasat, bukan menyiasat individu yang tidak dikaitkan dengan skandal berkenaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page