top of page

Skandal Jana Wibawa: Melayu patut rasa dikhianati



Orang Melayu terutama kontraktor Bumiputera sewajarnya berasa “dikhianati” susulan penyelewengan yang berlaku pada program Jana Wibawa.


Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Terengganu dalam satu kenyataan berkata, inisiatif rangsangan ekonomi itu merupakan usaha baik membantu kontraktor Bumiputera berdepan kesukaran ketika pandemik Covid-19 yang banyak melumpuhkan syarikat tempatan.


Namun usaha baik itu tegasnya telah tercemar dan gagal mencapai objektifnya susulan tindakan segelintir individu yang mengkhianati Bumiputera demi kepentingan rakus diri.


"Sekali lagi di sebalik topeng ‘membantu Bumiputera’, tetapi Bumiputera juga yang dikhianati oleh pimpinan sendiri.


"Sampai bila nama Bumiputera, Melayu dan Islam diperalatkan untuk kepentingan individu atau kumpulan tertentu saja?


"Bangsa Melayu perlu sedar dan insaf daripada terus diperalatkan dan ditipu pemimpin sendiri bertopengkan Melayu dan Islam di bawah helah pembelaan bangsa dan agama," katanya dalam kenyataan.


Jana Wibawa, atau Program Penjanaan Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera diperkenalkan pada November 2020 semasa pentadbiran PM Mahiaddin Yassin.


Selain untuk meningkatkan kapasiti kontraktor Bumiputera dalam industri pembinaan supaya lebih berdaya saing, program itu bagi mempercepatkan penyampaian projek kerajaan bagi membantu merangsang pemulihan ekonomi Malaysia selepas Covid-19.


Walau bagaimanapun Presiden Bersatu, Mahiaddin dan bekas Ketua Penerangan parti itu, Wan Saiful Wan Jan kemudian dihadap ke Mahkamah bagi berdepan tuduhan rasuah dikaitkan dengan program itu.


Sementara itu Raja Kamarul yang juga seorang arkitek terkenal negara berkata, sebagai arkitek yang pernah berurusan dengan kontraktor Bumiputera, beliau tahu ramai yang menaruh harapan tinggi program Jana Wibawa akan menjadi “penyelamat” mereka.


Sesetengah kontraktor Bumiputera yang bergelut dari segi kewangan ketika pandemik, katanya terpaksa menjual perniagaan, barang kemas dan harta keluarga untuk terus bertahan.

0 comments

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page