top of page

Skandal Forex: 'Kalau PM setuju, beritahu Peguam Negara, buka siasatan'



Usaha Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak untuk 'memerangkap' Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan isu kerugian urusniaga matawang asing (forex) melibatkan Bank Negara Malaysia pada 1990an dan tidak dilakukan forensik audit gagal.


Meskipun ketika itu Datuk Seri Anwar sebagai Menteri Kewangan namun beliau mencabar Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk membuka semula siasatan berkenaan skandal forex itu sekiranya ingin mencari jawapan sebenar.


"Pendirian saya jelas. Kalau esok boleh bercakap dengan PM, beritahu Peguam Negara buka siasatan, saya tak ada maslaah. Ini beza saya dengan Datuk Seri Najib. Saya tidak mahu mana mana kes yang melibatkan mana mana ahli politik menggunakan jentera kerajaan untuk menutup kes atau mendera orang


"Saya tidak suka jentera kerajaan di peralat untuk menekan musuh politik. Jadi oleh demikian, kalau dibangkitkan soal Forex walau pun angka itu tidak munasabah, boleh buat kajian dan siasatan," katanya dalam Debat Perdana anjuran Astro, malam tadi.


Mengenai dakwaan berlakunya pendakwaan terpilih malah ketika Pakatan Harapan memerintah sekali pun, Datuk Seri Anwar mencabar untuk diadakan pendakwaan ke atas mana mana kes yang telah disenyapkan.


Malah belaiu meminta pemimpin pemimpin Umno yang menyaksikan debat perdana tersebut untuk memberi arahan memulakan siasatan.


"Saya cadangkan jangan ada kes tutup, pendakwaan terpilih. Apa yang menghalang Peguam Negara sekarang buka semula kes yang dianggap pendakwaan terpilih?


"Saya sebut di Parlimen, saya tak mahu guna alasan mantan PM, mantan SPRM atau Peguam Negara maka keputusan mereka itu menghalang kita.


"Tidak ada masalah sama sekali. PM sekarang ini Umno, buat mesyuatrat Majlis Tertinggi, arahlah. 3/4 Majlis Tertinggi ada malam ini.


"Tetapi jangan lupa ramai yang terpalit, termasuk yang belah sana. Ini bukan calang calang orang tetapi ini cara yang profesional supaya negara ini dapat (kembali) diyakini," katanya.


Datuk Seri Anwar juga tidak lupa mengaitkan kejatuhan nilai ringgit berlaku selepas skandal 1MDB didedahkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan sejak itu ringgit tidak pernah pulih.


"Sebut tadi soal ringgit, mata wang jatuh selepas laporan DOJ. Itu mula jatuh sampai sekarang belum pulih. Jangan kita tutup kenyataan soal pelaburan dan pertumbuhan kita kalah dengan Indonesia dan Vietnam. Kita kata terbaik, terbaik apa.


"Saya ada lebihan AS$20 bilion (semasa jadi Menteri Kewangan), semasa Datuk Seri Najib ada tanggungan (hutang) AS$90 bilion," katanya.


Selain itu, Anwar juga mengambil kesempatan untuk membidas hujah Najib bahawa 'Cash is king' bermaksud memberikan tunai kepada rakyat dengan menyamakan 'king' itu adalah rakyat.


Kata Pengerusi Pakatan Harapan itu, budaya memberi tunai dan bukannya usaha membasmi kemiskinan secara tuntas hanya akan menghasilkan budaya kebergantungan rakyat kepada pemimpin.


"Ini yang beri cash is king ini adalah sindrom ketergantungan, bagi kepada orang miskin supaya dia terhutang budi kepada kita, bukan untuk memerdekakan dia


"Kita harus ada target bebaskan rakyat dari beban kemiskinan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page