top of page

Sivakumar tidak perlu bercuti, kes masih disiasat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 17, 2023
  • 1 min read

ree

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar tidak perlu direhatkan berhubung siasatan yang melibatkan sebuah agensi pengambilan pekerja asing dan turut melibatkan pegawai kanan kementerian beliau.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua pihak tidak boleh membuat kesimpulan sendiri memandangkan kes yang melibatkan beberapa pegawai kanan Sivakumar itu masih dalam siasatan.


"Dalam kes khususnya menteri sumber manusia V Sivakumar, itu tak wajar kita berikan apa-apa telahan selain daripada kenyataan yang beliau dipanggil untuk berikan jawapan terhadap perkara yang dibangkitkan oleh SPRM," katanya dipetik.


Anwar sebaliknya menyerahkan urusan seterusnya mengenai kes berkenaan kepada SPRM sama ada diteruskan dengan pendakwaan atau pun tidak.


"Itu serah kepada SPRM. Kemudian kalau tak ada pendakwaan… kalau ada pendakwaan itu dia lainlah," katanya dipetik Malaysiakini


Tegas Anwar isu yang penting adalah tatakelola dan kempen memerangi rasuah yang dijalankan oleh pentadbirannya dengan tanpa memilih pangkat dan kedudukan.


"Kita tegas dan tidak peduli dia menyinggung siapa, dari sosok mana, dari parti mana, itu pendirian kita," katanya di hadapan pemberita usai melancarkan karya agung Sayr al-Salikin dan Hikayat Iskandar Zulkarnain di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur hari ini.


Semalam, SPRM telah memanggil Sivakumar untuk merekodkan kenyataannya kepada penyiasat berhubung siasatan rasuah terhadap kelulusan pekerja asing.


Dia dilaporkan pergi ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 10 pagi untuk menjawab soalan berhubung kes yang setakat ini menyaksikan dua pembantunya itu ditahan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page