top of page

Sita kargo Israel: Malaysia tunjuk sikap tegas - Dr Zulkifli

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
8 hours ago
1 min read

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan (gambar) menyifatkan penyitaan kargo ketenteraan rejim Israel pada 7 Ogos lalu bukti ketegasan Malaysia menolak sebarang kerjasama dan bantuan logistik kepada kezaliman Zionis.


Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, beliau menyatakan sokongan penuh terhadap tindakan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).


"Tindakan ini selari dengan kewajipan agama dan prinsip Maqasid Syariah (Hifz an-Nafs) dalam memelihara nyawa serta memastikan kedaulatan negara tidak dieksploitasi rejim haram.


"Sebarang usaha meloloskan kargo sokongan ketenteraan kepada Israel akan ditentang. Semoga ALLAH SWT memelihara perjuangan pembebasan Palestin sehingga kemenangan hakiki tercapai," katanya.


Menerusi kenyataan sama Dr Zulkifli turut menyeru rakyat menyokong pendirian kerajaan terhadap solidariti Palestin.


AKPS dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan menahan serta memeriksa sebuah kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor kerana disyaki membawa dagangan untuk dieksport ke Israel.


Penghantaran berkenaan disyaki tidak mematuhi Item No.15 Jadual Kedua, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2023 yang memperuntukkan larangan pengeksportan barangan secara langsung atau tidak langsung ke Israel selaras dengan dasar dan ketetapan kerajaan Malaysia.


Tindakan pantas agensi berkenaan turut mendapat perhatian dan penghargaan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page