Sistem pengurusan banjir Sarawak: Utamakan penduduk pinggir sungai
- Suara Keadilan
- Jan 27, 2023
- 1 min read

Luruhan Monsun Timur Laut yang akan menyebabkan hujan lebat di Sarawak seringkali mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.
Sehubungan itu menurut Ketua Cabang KEADILAN Kota Samarahan, Mahmud Epah, penempatan kampung sekitar Kota Samarahan yang terletak berhampiran sungai amat terdedah kepada musibah dan kerugian harta benda penduduk.
"Rata-rata penempatan kampung sekitar Kota Samarahan terletak berhampiran sungai dan ini mendedahkan mereka kepada banjir yang mengakibatkan kerosakan harta benda dan kerugian kepada penduduk Kampung.
"Hasil daripada makluman penduduk kampung yang terkesan banjir di sekitar Kota Samarahan, tinjauan telah dibuat bagi mengenalpasti punca dan faktor yang menyebabkan limpahan air sungai tidak dapat dikawal sehingga mengakibatkan rumah
penduduk kampung dinaiki air.
"Antara punca dikenalpasti adalah ban sungai pecah atau terlalu rendah akibat mendapan dan hakisan tanah.
"Sistem perparitan kampung yang tidak dinaiktaraf dan diselenggara juga antara faktor penyumbang kepada masalah banjir di mana air yang telah masuk ke kawasan rumah tiada aliran keluar," katanya dalam kenyataan.
Oleh itu, beliau menggesa agensi Kerajaan Persekutuan terutamanya Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) serta agensi Kerajaan yang berkaitan melakukan penyelenggaraan berjadual secara lebih kerap dan perlu segera menaiktaraf ban sungai.
"Diharapkan agensi yang bertanggungjawab mengkaji mekanisme dan mengaplikasikan Sistem Pengurusan banjir secara efektif bagi menyelesaikan masalah banjir di kawasan berhampiran sungai khususnya di Kota Samarahan," katanya lagi.
Comments