top of page

Sistem pas bulanan Prasarana - MRT akan diintegrasi



Kerajaan akan mengintegrasikan pas bulanan bagi perkhidmatan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sedia ada dengan tren Transit Aliran Massa (MRT) 2.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berharap melalui langkah itu ia akan lebih memudahkan pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang selain menggalakkan lebih ramai orang memilih pengangkutan awam sebagai mod pengangkutan ke tempat kerja.


"Kita juga akan mengintegrasikan pas bulanan dengan Prasarana yang disediakan bagi meliputi MRT 2 dan kita berharap orang ramai akan menggunakannya sebaik mungkin," katanya.


Beliau sebelumnya ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja ke MRT 2 laluan Putrajaya di Depoh MRT Sungai Buloh.


Mengulas lanjut mengenai laluan itu yang akan beroperasi sepenuhnya pada pertengahan Mac ini Loke berkata, keseluruhan kerja telah siap 99.9 peratus.


Fasa pertama laluan MRT 2 yang hanya melibatkan 12 stesen, setakat ini jelasnya mencatatkan purata penumpang adalah 23,000 sehari.


"Dengan penambahan 24 stesen lagi menerusi fasa kedua, kita menjangkakan peningkatan penumpang dengan 200,000 penumpang harian dalam tempoh satu hingga dua tahun," ujarnya.


Projek MRT laluan Putrajaya menelan belanja RM30.53 bilion untuk kos pembinaan dan kos sistem meliputi 36 stesen melibatkan 49 set kereta api.


Pada permulaan pengoperasian penuh, ia disasar akan dimulakan dengan frekuensi lima minit untuk setiap tren.


Sementara itu menurut Loke, kementerian juga merancang untuk memperluas stesen Titiwangsa sebagai hab pengangkutan utama yang menghubungkan beberapa mod pengangkutan iaitu monorel, LRT laluan Ampang, MRT2 (Laluan Putrajaya) serta MRT3 yang bakal dibina.


Beliau berkata, tapak yang dikenal pasti itu milik MRT Corp yang akan bertanggungjawab membangunkan projek tersebut termasuk urusan perolehan dan tender.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page