top of page

Sistem PADU tidak digodam, pencerobohan libatkan sub-unit LPPKN



Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menafikan dakwaan keselamatan Pangkalan Data Utama (PADU) yang dibangunkan di bawah kementeriannya telah diceroboh susulan laporan mendakwa sistem itu digodam oleh kumpulan dikenali sebagai R00tk1t.


Laporan itu mendakwa kumpulan penggodam itu telah mencuri data bernilai 27TB (terabait).


Bagaimanapun, laman X sebuah portal mengakui telah tersalah maksud bahawa agensi dikatakan telah digodam adalah Unit Pengurusan dan Penyampaian Perkhidmatan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) atau juga dikenali sebagai PADU.


Rafizi menerusi ciapannya di X pada Isnin berkata, PADU yang dimaksudkan dalam ialah sub-unit agensi terbabit dan bukannya PADU (PADU official) di bawah kementeriannya.


Beliau juga mengingatkan sepatutnya portal itu agar mendapatkan pengesahannya daripadanya terlebih dahulu sebelum menyebarkan perkara yang salah sesuka hati.

Susulan itu, Kementerian Ekonomi dalam kenyataan hari ini berkata setelah disemak oleh pasukan PADU dan juga Jabatan Perangkaan, dakwaan tersebut sebenarnya tidak melibatkan Pangkalan Data Utama.


"Pencerobohan data tersebut berlaku di LPPKN yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


"Terdapat sebuah unit yang secara kebetulan juga bernama PADU di bawah LPPKN. Tindakan susulan akan diambil oleh LPPKN berhubung isu pencerobohan data ini," katanya.


Tambah kenyataan itu, Kementerian Ekonomi dan Jabatan Perangkaan tidak akan sesekali berkompromi soal keselamatan data rakyat di dalam PADU.


Setakat semalam seramai 3.56 juta rakyat Malaysia telah mendaftar dalam PADU dengan Selangor, Sarawak dan Johor merekodkan jumlah tertinggi sejak sistem itu dilancarkan 2 Januari lepas dengan masing-masing melepasi 340,000 pendaftar.


Sistem itu dibangunkan bagi membolehkan maklumat secara bersepadu diperoleh untuk kerajaan memberikan bantuan-bantuan kepada rakyat dengan lebih berkesan sekali gus mengelak keciciran.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page