top of page

Sistem keselamatan siber negara diperkukuh - PM



Sistem keselamatan siber negara sedang diperkukuh bagi mengelak serangan siber, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Mengulas serangan dilakukan terhadap laman sesawang Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang digodam sejak Sabtu lepas (2 Disember), beliau berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat yang mempunyai keupayaan untuk mengekang sebarang serangan siber.


"Kita sekarang memperkukuhkan cyber security dan ada juga keputusan MKN dan MCMC, untuk menjalin kerjasama dengan syarikat yang mempunyai keupayaan mengekang serangan siber," katanya dipetik.


Perdana Menteri berkata begitu kepada pemberita di Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.


Terdahulu seorang pengguna media sosia mendakwa data peribadi daripada Perkeso dibocorkan di sebuah forum.


Bagaimanapun menurut Fahmi, data yang dibocorkan adalah data lama yang “dibungkus semula” dan didakwa sebagai data baru.


Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kemudian tampil mendakwa didakwa bocor itu adalah “amat diragui, tidak lengkap dan luput” dan memberi jaminan pangkalan maklumat dan laman sesawang agensi itu yang diserang penggodam sejak Sabtu lalu, tidak akan merencatkan khidmat kepada pencarum, majikan serta orang ramai.


Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil pula pada Jumaat menegaskan, CyberSecurity Malaysia (CSM), Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi, akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan serangan tersebut.


Terdahulu, Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira sejam berkunjung ke reruai beberapa kementerian selain beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.


Anwar yang tiba kira-kira 11.30 pagi disambut Fahmi Fadzil serta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page