top of page

Sistem e-Jamin diteruskan selari hasrat Perdana Menteri - JPM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 18, 2024
  • 1 min read


Kerajaan membuat keputusan untuk meneruskan penggunaan sistem e-Jamin, tegas Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM)


Melalui satu kenyataan, BHEUU berkata, langkah tersebut selari dengan aspirasi Kerajaan Madani dan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggalakkan inisiatif pendigitalan sistem perkhidmatan kerajaan bagi kemudahan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.


Pengumuman ini sebagai menjawab notis Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Zambri Bakar pada Isnin, yang memaklumkan kepada para peguam dan mahkamah-mahkamah bahawa sistem e-Jamin tidak akan diteruskan berkuatkuasa 19 Mei.


"BHEUU ingin menegaskan bahawa keputusan pembatalan ini telah diambil tanpa sebarang pengetahuan dan perbincangan dengan bahagian ini yang sepatutnya ia perlu dirujuk dan mengambil kira pandangan daripada semua pihak yang berkaitan


"Justeru itu, pihak JPM telah pun membuat keputusan untuk meneruskan penggunaan sistem e-Jamin," katanya dalam kenyataan.


Terdahulu 50 peguam dilapor menandatangani memorandum petisyen berhubung keputusan mengejut mahkamah membatalkan sistem pengurusan ikat jamin elektronik, e-Jamin yang membolehkan pihak yang menjamin membuat bayaran melalui transaksi perbankan dalam talian.


Mereka mendakwa sistem manual untuk menjelaskan wang ikat jamin tertuduh bermasalah kerana hanya boleh dikembalikan dalam tempoh tujuh hari, berbanding dengan sistem e-Jamin, jumlah wang itu boleh dikembalikan serta-merta selepas selesai kes.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page