top of page

Sistem dicipta lindungi elit berkuasa, rakyat hidup susah - Adam Adli



Permasalahan dalam negara Malaysia tercetus akibat sistem pemerintahan yang mementingkan golongan elit dan pro oligarki yang menguasai ekonomi.


Menurut ikon anak muda Adam Adli Abdul Halim, sistem yang bobrok itu menyebabkan urustadbir kerajaan, peluang pekerjaan dan ekonomi semakin merosot tahun demi tahun tanpa berupaya diperbaiki.


"Sebab pokok permasalahn berpunca dari salah pengursan itu, yang munculnya masalah di hilir seperti peluang pekerjaan, ekonomi, pengurusan negara dan sebagainya.


"Ia mudah. Kita tidak boleh memperjuangkan gaji lebih baik, peluang pekerjaan lebih banyak, ekonomi stabil atau lebih adil tanpa kita lihat punca masalah.


"Begitu juga mustahil kalau kita nak selesaikan isu ini jika masih ada kerajaan yang korup. Ia tak boleh berlaku. kerajaan yang salah guna kuasa, sistem dicipta melindung elit berkuasa, maka rakyat tak akan senang," katanya dalam temubual bersama Suara Keadilan.


Oleh tu, menurut Adam, sesiapa sahaja yang membawa kepentingan ekonomi, kebajikan dan kronisme mereka perlu membawa secara pakej menyedarkan rakyat bahawa semua itu berpunca daripada kerajaan yang korup dikuasai oligarki.


Adam Adli menyertai KEADILAN pada bulan lalu selepas hampir sedekad berjuang dalam politik mahasiswa dan menyertai beberapa NGO pro Pakatan Harapan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page