top of page

Singkir Israel dari PBB: Sokong cadangan berani PM Anwar



Oleh: Akmal Manaf


Keberanian Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim bersuara dan membawa isu Palestin ke pentas dunia sememangnya menggambarkan susuk tubuh itu konsisten dalam menyokong perjuangan tersebut.


Sehubungan itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyeru rakyat di negara ini agar mendoakan kejayaan Anwar dalam memperjuangkan keadilan dan kebebasan Palestin di Sidang Kemuncak Tergempar Negara-negara Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi pada 11 November nanti.


Presiden PKPIM, Muhammad Dzul Aiman Zulkefly menyifatkan tindakan Anwar mencadangkan penyingkiran negara Israel daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam persidangan di Riyadh kelak merupakan satu tindakan berani yang wajar disokong seluruh umat Islam.


"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam ini yang melampaui batas kemanusiaan dan menginjak-injak undang-undang antarabangsa.


"Pendirian Malaysia yang konsisten dalam memperjuangkan isu Palestin yang kini dipimpin Anwar, menunjukkan ketegasan yang luar biasa.


"Kami menzahirkan solidariti penuh terhadap perjuangan pembebasan Palestin yang kini berada di bawah penindasan genosid Israel yang kejam dan telah berlarutan selama 100 hari," katanya dalam kenyataan.


Berhubung hal itu, Muhammad Dzul memaklumkan, pihaknya bersama Timbalan Menteri, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan juga telah menganjurkan program bacaan Yasin dan solat hajat di surau dan sekolah seluruh negara bagi memohon perlindungan dan pembebasan rakyat Palestin.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page