top of page

Singgungan Rafizi perkara biasa, dulu dia di luar, kini perlu perkukuh parti - Anwar



Singgungan Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli terhadap orang di sekeliling Presiden yang dianggap 'terlalu mempertahankan' dianggap biasa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Dalam sidang medianya petang tadi Anwar berkata, komen Rafizi yang mendapat liputan meluas media pada sebelah tengah hari itu bukanlah masalah yang begitu besar.


"Saya tidak lihat itu masalah besar kerana yang pentingnya beliau bersetuju bersama dalam pasukan dan memberikan dokongan, dan tidak mahu parti dianggap terlalu lembab, itu tidak ada masalah.


"Beliau telah lama tidak hadir dalam mesyuarat (parti), dalam mesyuarat yang baru ada pandangan saya yang ditolak (tidak dipertahankan oleh pemimpin), itu biasa.


"Ini tidak mungkin berlaku kalau ada sikap taksub (kepada presiden). Taksub tak wajar. Taksub terhadap Anwar atau Rafizi sama sahaja. Elok kita tumpu kepada persefahaman. Saya dalam hal ini mengambil sikap positif," katanya.


Mengenai komen Rafizi bahawa parti perlu menarik orang muda dan Anwar tidak perlu dipertahankan kerana terdapat survey yang tidak menyebelahi pemimpin reformasi itu daripada segi pengaruh, Ahli Parlimen Port Dickson tersebut mengambil sikap terbuka, dan mengakui beliau boleh memperbaiki beberapa kelemahan.


"Saya orang lama dalam perjuangan dan saya tidak ada masalah menyatakan beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.


"Umumnya menarik orang muda ini bukan saya, bukan Saifuddin, bukan Rafizi (kerana faktor usia). Ini (tugas) Adam Adli, dia boleh menarik. Tentunya saya tidak punya kekuatan menarik orang muda seperti 40 tahun lalu.


"Tetapi tidak perlulah disanggah semasa kongres, semua orang cakap perkuatkan parti, kuatkan saf.


"Mudah mudahan kita pujuk dia (Rafizi) untuk tumpu memperkuat parti dan menyerang musuh (selepas ini)," katanya.


Tegas Anwar, Timbalan Presiden KEADILAN itu selepas ini bukan lagi pemimpin di luar parti dan mengkritik sesiapa sahaja secara terbuka.


Selepas ini Rafizi, katanya, akan diminta membina semula kekuatan KEADILAN dan diberi kesempatan untuk melakukan perubahan.


"Dia bukan lagi Rafizi di pinggiran dahulu. Yang diinterview (media sebelum ini) Rafizi di pinggiran. Ini (akan datang) Rafizi dalam barisan pimpinan. Dia harus terima kenyataan kerana sebahagian tugas saya akan serah kepada dia. Bukan lagi Anwar atau Saifuddin atau pimpinan yang lain," katanya lagi.


Rafizi semasa penangguhan sesi perbahasan tengah hari tadi telah diminta wartawan mengulas mengenai ucapan pimpinan KEADILAN mengenai perlunya penghormatan kepada institusi presiden dan hal itu menjadi tajuk utama perbahasan sejak semalam.


Dalam komennya, Rafizi berkata, isu yang penting ketika ini adalah untuk mendapatkan sokongan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke 15. Tidak ada sesiapa perlu dipertahankan dan pemimpin tertentu tidak perlu membodek presiden.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page