top of page

Singapura lebih bersedia bincang isu sempadan, air - Anwar



Malaysia meminta supaya Singapura meneliti isu sempadan berkaitan kerja penambakan di sekitar kawasan pulau Batu Puteh, agar tidak memberi kesan kepada persekitaran dan persempadanan negara ini.


Pendirian itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada media pada akhir lawatan rasmi ke republik tersebut semalam.


"Hal itu harus dimuktamadkan. Saya mendapat persetujuan Perdana Menteri Lee Hsien Loong untuk mendengar hujah kita dalam masa terdekat,” katanya.


Anwar turut menjelaskan, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah meletakkan kawasan Batu Puteh sebagai milik Singapura maka penambakan yang dilakukan Singapura adalah mengikut keputusan yang sah.

"Kita terpaksa terima keputusan ICJ, tetapi penafsiran, pentakrifan dan interpretasi persetujuan itu sedang kita bincang sejauh mana penambakan (di pihak Singapura) yang boleh dilakukan," katanya yang turut ditanya media apakah Malaysia tidak akan merayu keputusan itu.

Sementara itu Anwar ketika merumuskan lawatan rasmi ke republik berkenaan berkata, kunjungan beliau dapat manfaatkan beberapa perkara termasuk isu-isu sensitif, yang menurutnya boleh dibincangkan lagi dengan teliti.


Susulan pertemuan dengan Lee, Singapura jelasnya kini bersedia membuka perbincangan berkaitan isu air dengan perkiraan baharu bagi memastikan bekalan air mencukupi buat negeri Johor dan Singapura.


Kedua-dua negara juga, katanya, bersetuju menetapkan kawasan lalu lintas ruang udara yang harus menjadi hak mutlak Malaysia.


"Di samping itu Singapura bersedia berbincang supaya laluan untuk Lapangan Terbang Antaranangsa Changi tidak diganggu sesiapa, supaya dapat dimanfaatkan untuk laluan penerbangan republik itu,” katanya dipetik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page