top of page

Sinergi Persekutuan - Negeri angkat martabat institusi sekolah pondok - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 9
  • 1 min read

DS Anwar bertemu dengan ulama ulama pondok dalam Ijtimak MADANI Ulama dan Guru Pondok Kelantan 2025
DS Anwar bertemu dengan ulama ulama pondok dalam Ijtimak MADANI Ulama dan Guru Pondok Kelantan 2025

Institusi sekolah pondok di negeri perlu dimartabatkan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan bagi meningkatkan aspek kemudahan pembelajaran dan pencapaian pelajarnya.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sudah tiba masanya gedung ilmu yang selama ini menjadi kubu pertahanan akidah umat sewaktu zaman penjajahan diberi nafas baharu.


"Setelah sekian lama ianya mulai luntur lantaran tidak dapat berkembang dengan baik, saya percaya institusi seperti ini wajar diberi ruang untuk tumbuh kembali.


"Saya singgung kepentingan sinergi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam mengangkat martabat dan keupayaan institusi pondok.


"Kuasa yang diberi wajar digunakan dalam muafakat untuk manfaat pendidikan mengatasi perbedaan pendirian politik demi maslahah umum," katanya dalam muat naik di Facebook.

PMX menyantuni Tuan Guru Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah 
PMX menyantuni Tuan Guru Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah 

Beliau berata demikian selepas menghadiri Ijtimak MADANI Ulama dan Guru Pondok Kelantan 2025 di Machang, bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.


Bagi Anwar yang sejak awal terlibat dalam gerakan Islam, era Kerajaan Madani perlu menjadi titik temu dalam bidang keagamaan antara kerajaan pusat dan negeri tanpa tidak mengira ideologi politik, bertujuan memperkukuh pengajian ilmu agama.


"Kita harus merancang untuk membina dan bukan untuk bersengketa.


"Sebelum ini, pondok adalah kubu pertahanan ilmu dan akidah, namun hari ini kita wajar persiapkan dan bangunkan institusi pondok sebagai benteng melawan pengaruh yang merosakkan dan menyediakan anak kita menghadapi tantangan zaman," katanya.


Selain itu, PM juga berkata, ikhtiar penganjuran ijtimak tersebut adalah sebahagian daripada islah yang dilakukan secara berperingkat.


Katanya, seruan “Islah Mastata’tu” bukanlah mustahil, namun harus didasari dengan hikmah dan bijaksana selaras dengan kehendak agama.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page