Sindiran politik berselindung agama, pemimpin pembangkang ke mahkamah
- Suara Keadilan
- Oct 8
- 1 min read

Seorang pemimpin parti pembangkang di Melaka semalam dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir ke Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur bagi sebutan kes di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).
Menurut sumber, tertuduh yang menggunakan akaun Facebook “عزمي حاجعزيز (Azmi Haji Aziz)” didakwa telah memuat naik kartun karya kartunis reformasi terkenal negara Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau Zunar tetapi telah diubah suai dan memasukkan unsur penghinaan.
"Kes ini berkait dengan posting kartun ubah suai yang dikatakan berunsur penghinaan dan gangguan terhadap pihak lain, dengan elemen politik jelas dalam kandungannya," kata sumber berkenaan.
Karikatur asal menyebut “kalaulah ada game ini di Olimpik…” bersama grafik penunggang agama.
Manakala versi yang diedit, beberapa perkataan telah digantikan termasuk perkataan "planta" yang jelas mengandungi unsur perghinaan.
Berdasarkan sumber, tertuduh telah diserahkan saman pada 30 September 2025 lalu namun gagal hadir ke mahkamah tanpa alasan.
Susulan itu, waran tangkap telah dikeluarkan semalam dan tarikh sebutan semula kes pada 6 November depan.
Untuk rekod, kes tersebut bukanlah terpencil melibatkan pemimpin pembangkang, khususnya parti Pas yang sebelum ini banyak kali disaman pesaing politik dan kalah di mahkamah.
Namun kes terbaharu ini melibatkan pemimpin peringkat cawangan dan menimbulkan persoalan mengenai etika ahli politik dalam memanipulasi kandungan dan menyebarkannya di internet.
Kes ini juga membuktikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) amat serius dalam menguatkuasakan undang undang dan tidak memilih bulu sama ada warga maya atau pemimpin politik untuk diambil tindakan.
Comments