Sindiket scam hilangkan simpanan pendeposit: Bank Negara perlu beri penjelasan segera


Bank Negara Malaysia (BNM) seharusnya memberi penjelasan serta sokongan kepada mangsa-mangsa yang simpanan bank mereka “dihilangkan” oleh sindiket pemancing scam.


Bagi Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung, tindakan BNM yang kurang responsif ketika ini amat tidak membantu kerana kes-kes wang simpanan bank “dihilangkan” telah naik mendadak.


Juga, katanya, terdapat kes deposit simpanan tetap bank juga dilesapkan.


"Tindakan berleluasa kelompok sindiket ini seolah-olah sedang mencabar keupayaan institusi penguatkuasaan dan perundangan negara kita.


"Namun, apa yang dialami oleh mangsa-mangsa bank-bank komersil sering kali mengalihkan tanggungjawab kepada pihak polis dan mahkamah.


"Pembisuan BNM waktu ini hanya akan mewujudkan persepsi bahawa badan pengawal-selia lebih memihak kepada bank dan bukan rakyat," katanya.


Sehubungan itu, ADUN Semambu itu tidak menyembunyikan kebimbangannya pada masa hadapan sindiket terbabit akan lebih berleluasa sekiranya tiada tindakan serius diambil oleh BNM.


"Saya bimbang sekiranya BNM masih tidak tampil memberikan penjelasan sindiket akan menjadi lebih berani dan keyakinan rakyat terhadap institusi kewangan makin terhakis.


"Turut diperingatkan perniagaan bank-bank komersil ini bergantung kepada para penyimpan, maka tidak boleh dilepaskan kesemua tanggungjawab apabila wang simpanan pencarum “dihilangkan”.


"BNM sebagai badan tertinggi yang mengawal-selia sektor bank juga tidak boleh mendiamkan diri. Jangan sesekali menghantar isyarat bahawa mangsa-mangsa tersebut, dan bukan si penipu yang harus dipersalahkan," katanya.


Oleh itu, Chean Chung menggesa BNM, polis dan bank-bank komersil supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa bertindak bersama untuk mempercepatkan dan mengumumkan perkembangan proses siasatan.


"Dalam pada itu, satu talian panas harus diwujudkan untuk memberi panduan dan bimbingan kepada rakyat dalam menangani kes-kes tersebut.


"Pada jangka masa panjang pula, BNM wajar menerajui penambahbaikan keselamatan maya (cyber security), umpamanya mengemaskini kerangka pengurusan risiko teknologi (Risk Management in Technology).


"Dengan ini, barulah kes-kes penipuan atas talian dapat dikawal dan keyakinan rakyat dapat dipulihkan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER