top of page

Sindiket pekerjaan luar negara: 270 mangsa berjaya diselamatkan



Oleh: Abdullah Zaid

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan seramai 158 daripada 428 mangsa mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara masih terkandas di negara destinasi.


Timbalannya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata sehingga 20 November lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan 270 mangsa tempatan yang terjebak sindiket jenayah penipuan pekerjaan berkenaan.


"Daripada statistik laporan polis serta mangsa di negara destinasi, sebanyak 325 laporan polis diperoleh membabitkan Myanmar, Kemboja, Laos dan lain-lain," katanya di Dewan Negara, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Teo Eng Tee mengenai langkah kementerian menangani masalah sindiket warganegara bekerja secara paksa di luar negara.


Jelasnya, KDN pada ketika ini membuat pelbagai langkah, termasuk mengadakan operasi bersepadu secara berterusan dalam usaha menangani sindiket penipuan pekerjaan di luar negara dan menyelamatkan mangsa.


"Dalam usaha menangani masalah ini, PDRM sudah menjalankan empat siri operasi bersepadu mulai Ogos 2022 hingga Julai tahun ini. Hasilnya, empat sindiket di Lembah Klang serta Johor ditumpaskan.


"Melalui siri operasi itu, sebanyak 12 tangkapan dibuat membabitkan warga tempatan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 serta Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670)," katanya.


Bagi usaha lain, Samsul Anuar berkata, sesi libat urus bersama pihak berkuasa Kemboja, Thailand, Myanmar dan Laos sedang dipergiatkan melalui perkongsian maklumat serta penyelesaian dalam misi menyelamatkan mangsa.


"Kami juga mengenal pasti sindiket yang menjadi dalang, terutama ejen pekerjaan berada di Malaysia, dan menjalankan siasatan komprehensif bagi menghasilkan pendakwaan.


"Usaha lain termasuk meningkatkan kesedaran awam dan tahap kefahaman pelbagai lapisan masyarakat, termasuk penduduk di kawasan luar bandar, mengenai operasi sindiket berkenaan," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page