Sindiket jual organ manusia rentas sempadan: KEADILAN mahu polis tangkap agen di Malaysia



Sindiket penjualan organ manusia yang dilakukan dalam skala besar di Myanmar didakwa memperdaya mangsa di Malaysia untuk diseludupkan ke negara berkenaan.


Hal itu didedahkan oleh ADUN Teruntum, Sim Chon Siang dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling jaya, semalam.


Menurut beliau, jenayah pemerdagangan manusia rentas sempadan itu baru baru ini telah meragut nyawa seorang anak muda tempatan, mendiang Goi Zhen Feng yang dijual ke sindiket di Thailand.


Zhen Feng katanya, didera dan mengalami komplikasi buah pinggang kemudian meninggal dunia di sana.


Terbaharu, menurut Chon Siang sindiket pemerdagangan manusia berkenaan memperdaya warga Malaysia untuk dijual ke KK Garden di Myanmar pula, bagi dicuri organ dalaman dan dijual ke pasaran organ seludup antarabangsa.


Bagaimanapun, katanya, terdapat mangsa yang terlibat dengan sindiket perdagangan manusia itu apabila balik menjadi agen memperdaya orang lain dengan tawaran pekerjaan dan sebagainya untuk dijual ke Kemboja atau Myanmar.


"Selepas mereka selamat balik, mereka menjadi agen KK Garden.


"(Agen ini) ada orang tak pernah pergi sana, ada yang telah balik dan tahu kumpulan mana mereka boleh hubungi dan jadi agen.


"Kita bagi nasihat kepada mereka (agen) jangan buat lagi (aktiviti tersebut)," katanya.


Manakala yang pernah menjadi mangsa, kata Chon Siang, amat penting bagi mereka membuat laporan polis dan mendedahkan identiti agen agar pihak polis boleh segera menahan individu berkenaan dan menghadapkan mereka ke mahkamah.


"Mangsa yang balik ke Malaysia perlu buat laporan polis, siapa orang tengah, siapa yang tipu mereka ke Kemboja. Mereka (agen) ambil duit. Pemerdagangan manusia tidak akan putus selagi agen tidak ditangkap polis.


"Mereka bawa masuk ke Mea Sot (sebuah pekan di Thailand) melalui jalan tikus, tak payah passport. Kita perlu tangkap orang tengah ini.


"Saya juga telah buat laporan polis. Kita tengok berapa lama polis akan tangkap (mereka)," katanya.


Dalam sidang media itu Chon Siang turut menasihatkan ibu bapa sekiranya menerima panggilan daripada anak anak yang mereka telah ditahan oleh sidiket maka panggilan itu perlu dilayan. Sekiranya tidak, maka keadaan anak mereka akan menjadi lebih sukar.


"Kalau ada anak di KK Garden, perlu cakap dengan anak. Kalau tidak habis.


"Kalau masuk KK Garden ini mereka periksa darah. Mereka mahu tengok organ sesuai atau tidak untuk diambil. Luas KK Garden 1 kilomater lebih. Ada KTV, hospital, dan kawasan ini kawasan banglo untuk penyelia dan bos (tetapi digunakan untuk mengurung mangsa pemerdagangan manusia).


"Dalam satu bilik dimasukkan 6 - 8 orang," katanya lagi.


Chon Siang menggesa agar pihak polis Malaysia segera membanteras kegiatan agen pemerdagangan manusia tersebut agar tiada lagi rakyat yang akan diseludup ke KK Garden dan diambil organ untuk dijual.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER