top of page

'Simpanan pendeposit tidak hilang kerana PM Anwar baiki pengurusan TH'

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
1 hour ago
2 min read

Simpanan pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) kekal terjamin kerana langkah pembaikan pengurusan yang dilaksanakan Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini telah memperkukuh kedudukan institusi itu.


Ketua Penerangan KEADILAN Melaka, Eddiarman Mohd Yunos berkata, berdasarkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), hampir 75 peratus daripada perkara yang disarankan dalam laporan berkenaan telah diperbaiki kerajaan sehingga 2025, sekali gus menunjukkan perubahan dalam pengurusan TH.


Beliau berkata, perkara itu menjelaskan mengapa sehingga kini pendeposit TH masih dapat melihat simpanan mereka kekal, selain menerima hibah daripada simpanan.


"Setakat tahun 2025 berdasarkan laporan RCI ini, hampir 75 peratus, apa yang disarankan oleh laporan RCI, pihak Kerajaan MADANI telah perbaiki.


"Sebab itu hari ini apabila orang kampung tanya, ‘eh, duit saya tak hilang pun’. Memanglah tidak hilang sebab Anwar dan Kerajaan MADANI sudah betulkan (pengurusan TH). Tak sempatlah duit itu nak hilang," katanya.

Eddiarman Mohd Yunos
Eddiarman Mohd Yunos

Beliau berkata demikian dalam satu siaran video yang disiarkan di platform Youtube Arman Kebenaran.


Tambah Eddiarman, beliau tidak berniat menuduh mana-mana pihak berhubung isu pengurusan TH sebelum ini, sebaliknya hanya merujuk kepada tahun-tahun tertentu berdasarkan kronologi yang dipaparkan.


"Saya tak nak tuduh sesiapa, saya sebut tahun sebab takut ada yang lupa. Saya tak salahkan sesiapa. Bila tengok kronologi, (kita tahu) siapa kerajaan (BN) ketika itu.


"Sebab apa saya tekankan siapa kerajaan ketika itu? Kerana TH memang dijamin oleh kerajaan 100 peratus, jadi siapa yang menjadi kerajaan semasa, merekalah yang bertanggungjawab penuh ke atas TH," ujarnya lagi.


Dalam video sama, beliau menjelaskan prestasi pembayaran hibah TH juga menunjukkan perkembangan positif apabila kadar hibah tahun lalu meningkat kepada 3.25%.


"Sebab itu kalau kita tengok dividen tahun lepas, berapa kita dapat hibah, 3.25%, dah naik kembali. Nampak tak? (perubahan yang telah dilakukan Kerajaan MADANI).


"Jadi kita doalah tahun ini, InsyaAllah dapat lebih lagi dan kita harap dapat lagi satu pusingan MyKasih RM100 dalam kad pengenalan," katanya lagi.


RCI TH menjadi tajuk hangat sebelum ini apabila didedahkan pengurusan pada era Kerajaan BN memberi hibah kepada pendeposit biarpun banyak anak syarikat TH mengalami kerugian akibat salah urus.


Hal itu berlawanan dengan Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) yang tidak membenarkan hibah diberi sekiranya TH mengalami kerugian.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page